Home News Kejayaan ‘The Red Sleeve’ Membuatkan Junho 2PM Terima Bayaran Yang Tak Masuk...

Kejayaan ‘The Red Sleeve’ Membuatkan Junho 2PM Terima Bayaran Yang Tak Masuk Akal

0

Siapa je yang tak kenal kumpulan popular 2PM?!Kumpulan yang berbakat, lagu yang hit dan yang paling penting ahli yang kacak. Lee Junho merupakan salah seorang ahli 2PM yang terkenal, terutamanya selepas muncul dalam drama The Red Sleeve.

2pm junho red sleeve trailer 061021

Drama tersebut telah ditayang pada tahun lalu dan ramai peminat K-Drama yang jatuh hati dengan lakonan Junho itu dan mulalah popularitinya meningkat dengan laju!

Apa yang lebih menarik lagi, apabila Junho mendedahkan bahawa dia sanggup melakukan senaman dan diet yang ketat semata-mata untuk mendapatkan fizikal yang menawan.

Baca lagi: Transformasi: Selebriti Lelaki Korea Yang Berjaya Jadi Sado!

2pm 019

Junho melakukan senaman yang berat dengan menggunakan beg pasir dan mengamalkan rutin latihan cross- fitness di rumah dan selama setahun juga dia mengekalkan pemakanan yang sihat.

Dengan usaha seperti itu, tak hairanlah dia menjadi salah seorang artis idola yang menjadi pelakon dengan bayaran yang termahal iaitu sebanyak 100 juta won atau bersamaan RM 340,000 untuk satu episod bagi sesebuah drama.

Sumber: [1]