Home Entertainment Chansung 2PM Selamat Bergelar Bapa!

Chansung 2PM Selamat Bergelar Bapa!

0

Chansung 2PM dah jadi ayah!

Pada 26 Julai, wakil Chansung, L July Entertainment berkongsi berita, ” isteri Hwang Chansung baru sahaja melahirkan anak. Kedua-dua mereka berada dalam keadaan yang baik.

Pada Disember 2021, Changsung mengumumkan berita perkahwinan dan tunangnya yang sedang hamil melalui surat tulisan tangan. ‘Ketika sedang menyiapkan persiapan perkahwinan selepas habis latih ketenteraan, kami bersyukur dengan kehadiran orang baru yang terlalu cepat di luar jangkaan kami dan kami akan berkahwin seawal mungkin, pada tahun hadapan.’ Walapun mereka telah merancang perkahwinan, namun terpaksa ditunda akibat Covid-19.

Chansung telah memulakan karier pada tahun 2008 sebagai ahli kumpulan 2PM. Selepas 15 tahun di JYPE Entertainment, Chansung telah meninggalkan agensi tersebut dan menandatangani kontrak baharu dengan L’July Entertainment pada March lalu untuk meneruskan karier sebagai pelakon.

Tahniah kepada Chansung dan keluarga!

Sumber: Soompi 

Baca artikel terdahulu: Son Ye JI & Hyun Bin Bakal Timang Cahaya Mata