Home News Kedai Hampir Terbakar, Reaksi Lelaki Yang Tenang Padamkan Api Raih Pujian

Kedai Hampir Terbakar, Reaksi Lelaki Yang Tenang Padamkan Api Raih Pujian

0

Apabila menghadapi situasi kebakaran, tak semua orang yang berani untuk menjadi orang yang memadamkan api tersebut kerana masing-masing pastinya risau jika tong gas meletup. Namun sebenarnya tong gas direka dengan design untuk tidak meletup. Tong takkan meletup begitu cepat sebab memang di buat tahan haba dan tekanan tinggi.

Menerusi klip rakaman cctv yang telah tular baru-baru ini, dapat dilihat kebakaran yang berlaku di bahagian memasak sebuah kedai makan. Pada awalnya dapat dilihat kesemua pekerja berada dalam keadaan panik dan dapat dilihat pekerja wanita yang menutup telinga kerana bunyi berdesing yang datang dari tong gas itu seperti mahu meletup. Namun, tindakan pantas lelaki tersebut yang cuba memadamkan api raih perhatian. Dapat dilihat dia meletakkan kain basah namun kain tersebut terlalu kecil. Kemudian dia menyimbah air dan menyebabkan api semakin marak. Akhirnya, baru lelaki tersebut menggunakan pemadam api khas dan api berjaya dipadamkan.

Ramai yang memuji tindakan lelaki tersebut yang menghadapi situasi tersebut walaupun cara menyimbah air pada api sebenarnya adalah salah.

“orang kata kalau ada kebakaran jgn panik, sbb kalau kita panik lagi buat benda merapu. nasiblah ada pemadam api tu and brader steady ja”

“lelaki bila apa2 keadaan.. memang tenang ..”

“Abang ni elok jadi ahli bomba. tenang betul.”

“Mengunakan air tersangatlah salah…tp selute bro ni tenang je”

Baca juga : Rakaman CCTV Kedai Motor Terbakar, Ramai Yang Suruh Pergi Stesyen Minyak Terdekat

Baca juga : Akibat Lupa Tutup Suis Seterika, Habis Rumah Terbakar

Lihat klip rakaman cctv di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Syakirdahinsaf : Aku tak puas hati. Fire extinguisher tu patut hala ke api jer. Yg duk hala dekat seluruh dapur pasaipa. Besi boleh berkarat kena benda tu tau. Kerugian lagi.

@ThisisFatin : Mgkin tu je sumber pendapatan dia, sanggup la. Xkira apa jadi, mesti slamatkan kedai..

@mskekura : Api jangan disiram dgn air, mmg tak jalan. Lagi besar jadinya ada lah. Kna campak kain basah banyak2

@zaheiry : Pemadam api wajib tak ada dlm premis yg ada dapur? Ke apa² premis wajib ada pemadam api

@frismzzkir : sebabtu bomba datang sekolah tunjuk demo kau kena dengar betul2, ni tak kau lompat pagar hisap rokok kedai makcik bihun sup

@braderhussein : Kebakaran gas leak jangan sesekali guna FE. Gunakan cara kain basah serkup dan tutup valve gas kat kepala tong. Kalau valve tak ditutup kebocoran gas masih ada sekitarnya. Sebarang sumber pemula kebakaran akan menyalakan semula gas yg bocor dan mungkin boleh mendatangkan letupan

@lovelykoohs : Kalau tukang masak tu bukan owner, tolong lah bg dia bonus byk sikit.. dia dh selamatkan bisnes kedai tu

@Firs9075 : Alhamdulilah syukur selamat……pihak majlis tempatan kena buat kursus keselamatan dgn kerjasama bomba utk pengusaha kedai …moga kejadian buruk dpt dielakn ….insyaallah

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram