Setelah berjaya mewarnai Extraordinary Attorney Woo dengan lakonannya yang memukau, Park Eun-bin kembali dengan Kdrama barunya pada tahun 2023 ini.

Extraordinary Attorney Woo adalah Kdrama siri Korea Selatan yang sangat popular dan juga sangat diminati oleh para penonton setia Kdrama.

Kisah dalam kdrama siri ini menceritakan tentang peguam pertama Korea Selatan yang menghidap autism spectrum disorder (ASD).
Selain Park Eun Bin, para pelakon Extraordinary Attorney Woo juga kembali membuat kemunculan dalam drama baru mereka pada tahun ini.

Buat anda yang rindu dengan lakonan para pelakon drama ini, jom kita menonton Kdrama baru mereka berikut ini yang ditayangkan pada tahun 2023.

 

1. The Uncanny Counter 2 menampilkan Kang Ki Young sebagai salah seorang villain dengan kekuatan yang sangat luar biasa, kejam dan sangat sadis!

Kdrama

2. Park Eun Bin dipilih untuk menjadi pelakon utama Castaway Diva sebagai penyanyi yang baru sahaja diselamatkan setelah terdampar di sebuah pulau terpencil

3. Kang Ki Young juga diberi kepercayaan untuk membintangi Amazing Troubleshooter. Pelakon ini tampil sebagai pendakwa raya dengan kegigihan dan semangat yang tinggi

4. Tampil dengan dua watak berbeza dalam See You in My 19th Life, Ha Yoon Kyung berjaya membawakan watak Yoon Cho Won dengan baik

5. Jin Kyung mempunyai karakter cukup unik dalam My Lovely Liar. Dia adalah watak yang manipulatif, sehingga mampu memperdaya lawannya dengan cukup licin

6. Selain itu, Jin Kyung pula meneruskan lakonannya dalam Dr. Romantic 3 sebagai ketua juru rawat yang tegas dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi

7. Muncul dalam drama siri Netflix Black Knight bersama Kim Woo Bin dan Esom, Jin Kyung diberi kepercayaan untuk membawa watak Presiden Chae Jin Gyeong

8. Queenmaker merupakan drama comeback Jin Kyung pada tahun 2023 ini. Dia berjaya membawa watak calon datuk bandar Seoul yang bernama Seo Min Jung

Kdrama siri Extraordinary Attorney Woo memang memberi kesan yang tersendiri di hati para penonton setia. Selain kerana plot cerita yang unik, lakonan para pelakon juga sangat berkesan. Tidak hairanlah jika drama siri baru yang dilakonkan oleh bintang-bintang Extraordinary Attorney Woo tahun ini juga sangat dinantikan oleh peminat setia.

Tahun ini para pelakon Extraordinary Attorney Woo kembali muncul dalam berbagai-bagai genre drama. Bermula dengan genre romantik komedi hingga genre aksi. Drama siapakah yang paling anda nantikan atau sudah ditonton?

Baca juga: 15 Kdrama Sageuk Tentang Tokoh Sejarah Sebenar Era Joseon
Baca lagi: 9 Drama Korea Pilihan Untuk Introvert
Previous article15 Kdrama Sageuk Tentang Tokoh Sejarah Sebenar Era Joseon
Next article”Longing For You”, Kisah Balas Dendam Dengan Genre Thriller, Aksi Dan Misteri