Home Artis Korea Kdrama 2023: 12 Bintang Muda Korea Ini Bawa Watak Pelajar Sekolah

Kdrama 2023: 12 Bintang Muda Korea Ini Bawa Watak Pelajar Sekolah

0

Bertemakan sekolah, Choi Hyun Wook dan Ryeo Un kini sedang mendapat perhatian kerana membintangi Kdrama siri Twinkling Watermelon. Kedua-dua orang pelakon ini membawa watak sebagai pelajar sekolah menengah, mereka diceritakan berada pada garis masa yang berbeza. Drama siri dengan jalan cerita ringan, tetapi penuh teka-teki ini mula mencuri perhatian ramai.

Selain Twinkling Watermelon, sepanjang tahun 2023 ini, terdapat beberapa Kdrama lain yang juga berlatarkan sekolah.

Berikut adalah dua belas orang pelakon muda Korea yang diberi kepercayaan untuk melakonkan karakter pelajar sekolah menengah dalam Kdrama 2023. Siapakah mereka?

 

Kdrama1. Lee Chae Min menjadi pelajar sekolah yang bercita-cita tinggi kerana desakan ibunya dalam drama Crash Course In Romance

 

b49c82d7 2a0b 493d a09a 866d79d3fe382. Berbeza dengan watak yang dibawa oleh Lee Chae Min, Lee Min Jae membawa watak sebagai seorang pelajar yang tidak terlalu suka belajar dan pernah menjadi atlet dalam drama yang sama iaitu Crash Course In Romance

 

3f023136 9b79 4cdb ba9f 69c5e7cde4be3. Walau kelihatan biasa-biasa sahaja, Kim Ki Hae adalah pelajar sekolah yang sangat berani apabila perlu melawan serangan makhluk asing jahat dalam drama Duty After School

 

72653735 f601 4df0 ac93 ba7b8d8a79014. Moon Sang Min adalah orang yang bertanggungjawab menceriakan suasana di kelasnya walau keadaan sedang genting dalam drama Duty After School

 

3a7c9192 f151 4bd4 ab42 266c21898d345. Yoon Jong Bin sanggup menjadi umpan supaya makhluk asing mengejarnya demi keselamatan kawan-kawannya dalam drama Duty After School

 

2b4029b1 d357 4621 b8e6 b1a233af4c786. Mempunyai cita-cita tinggi untuk masuk ke universiti terbaik menggambarkan watak Ahn Do Kyu dalam drama Duty After School

 

a5a3b8ea aa1d 4920 9ab8 24ac0e7983057. Ahn Do Kyu kembali membawa watak sebagai pelajar sekolah dalam drama Twinkling Watermelon dengan sikap yang jauh lebih baik

 

2aa30e7d 7018 4d9a b92f 7e3418e341c28. Dapat melakukan pembedahan pemindahan organ dari kawannya membuatkan Jo Joon Young menghidap sindrom memori selular dalam drama All That We Loved

 

ec0f950e 369f 4cfc 9a08 eacfa181f637

9. Kuasanya boleh terbang membuatkan Lee Jeong Ha perlu membawa banyak beban pemberat setiap hari ke sekolah bagi menghindari dirinya dari terapung-apung ke udara dalam Kdrama Moving

 

a5e93686 4e43 4f12 b2d6 2e9ef813ec6310. Masih dalam Kdrama yang sama iaitu Moving, disebalik wataknya yang pendiam dan pintar Kim Do Hoon sebenarnya mempunyai kuasa yang luar biasa

 

3df9379c 40fa 4388 8154 ff1cf51b397b11. Ryeoun menjadi pelajar sekolah yang lahir dari ibu bapa yang pekak bisu dan tiba-tiba dia tercampak ke tahun 1995, bertemu versi muda ayahnya dalam Kdrama Twinkling Watermelon

 

13533b4d 43d8 4e27 becd ecd60e35ab4212. Choi Hyun Wook menjadi Ha Yi Chan versi muda yang masih bersekolah dan mempunyai sikap ceria dalam Twinkling Watermelon

Pelakon-pelakon muda berbakat yang tersenarai di atas berjaya melakonkan karakter pelajar sekolah menengah dengan baik walaupun sebenarnya mereka jauh lebih tua.

Baca lagi: Kdrama 2023: 9 Pelakon Korea Ini Bawa Watak Detektif, Tampan dan Berani
Baca juga: 5 Fakta Kdrama Korea Doona, Siri Paling Ditunggu Bulan Oktober Ini