Home Entertainment Kanye West Bersama Isteri Barunya

Kanye West Bersama Isteri Barunya

0

Jarang-jarang sekali kita boleh lihat selebriti terkenal Kanye West keluar bersama isteri barunya iaitu Bianca Censori, ditemani pula anak Kanye West bersama bekas isterinya Kim Kardashian iaitu North West. Keluarga bahagia ini kelihatan menghabiskan masa bersama-sama di sebuah taman tema terkenal di Amerika Syarikat.

Kanye West yang mengejutkan semua dengan khabar perkahwinannya dengan seorang wanita yang bernama Bianca Censori tidak lama selepas dia bercerai dengan selebriti hangat iaitu Kim Kardashian. Kanye West membuat kemunculan di khalayak ramai bersama isteri barunya itu.

83FCA64E 1A46 4F9F 96D8 61CF991BB508 D910FD42 9557 414E B41B 1BBFAB076F51

Ternyata mereka tidak boleh lari lensa kamera apabila gambar-gambar mereka yang sedang meluangkan masa bersama telah tersebar di internet.

Dalam cicipan Twitter oleh TMZ, kelihatan Kanye West muncul bukan hanya bersama isteri barunya sahaja Bianca Censori, malahan kelibat anak perempuannya iaitu North West turut kelihatan. Kanye membawa North West dan Bianca Censori mengunjungi Universal Studios Hollywood pada awal bulan Mac 2023.

Baca Lagi: Perkara Menarik Lee Min Ho Ramai Yang Tidak Tahu

“Kanye West membawa isterinya Bianca Censori bersama-sama salah seorang anaknya … mereka turut membawa bersama North West untuk menyertai mereka di taman tema tersebut,” demikian cicipan TMZ yang menampilkan gambar Bianca Censori.

F9610430 698B 47EF 966A 094AB43D5240 scaledDalam gambar tersebut Bianca yang berambut blonde kelihatan menutup kepalanya dengan menggunakan hoodie. Sementara itu Kanye West menutup wajahnya dengan balaclava, iaitu sejenis topeng muka untuk bermain ski.

Sebelum menghabiskan masa di Universal Studios Hollywood, Kanye West, Bianca Censori dan North West kelihatan berjalan-jalan dan berbelanja di kawasan Melrose Place. Mereka juga turut menjamu selera di sekitar kawasan West Hollywood.

Kemunculan Kanye West dan Bianca ini jarang terjadi sejak kedua-duanya dilaporkan telah mendirikan rumah tangga. Kanye West dan Bianca Censori dikhabarkan sudah berkahwin pada pertengahan Januari tahun 2023 di Beverly Hills.

0E9ADE75 3A16 4F44 B2A8 7A22A8377F24Sewaktu menghabiskan masa berjalan-jalan di Universal Studios Hollywod, Kanye West dan Bianca Censori kelihatan tidak segan untuk menunjukkan status mereka sebagai pasangan suami isteri. Kedua-duanya saling berpegangan tangan sambil menemani North West mencuba setiap permainan di taman tema tersebut.

Siapakah Bianca Censori, Isteri kepada Kanye West?

FC121F9F 0169 4E52 A63E 6AA523E4D11BBianca Censori adalah seorang pereka arkitek yang dilaporkan bekerja untuk jenama Kanye iaitu Yezzy selama lebih dua tahun. Bianca Censori yang berasal dari Australia itu disebut-sebut berasal dari sebuah keluarga elite dan ternama dan merupakan seorang gadis popular sewaktu dibangku sekolah.

Jika sekilas pandang, Bianca Censori ternyata memiliki persamaan fizikal bentuk tubuh badan dengan bekas isteri Kanye West iaitu Kim Kardashian. Gambar-gambar lama Bianca yang tersebar di media dan internet menunjukkan bahawa Bianca Censori mempunyai rambut panjang berwarna gelap walaupun baru-baru ini dia muncul dengan gaya rambut blonde dan lebih pendek.

Bianca Censori juga kerap mengenakan pakaian yang terdedah dan terlalu menonjolkan bentuk tubuhnya yang mempunyai potongan jam pasir sama persis seperti Kim Kardashian. Menurut laporan, Kim Kardashian sendiri sudah lama tidak menyukai Bianca Censori.

Baca Juga: 10 Filem Yang Diharamkan di Banyak Negara