Pada 8 November, episod akhir Mnet  program survival tarian ‘Street Man Fighter’ telah disiarkan secara langsung.

Semasa siaran, Kang Daniel, MC program itu, menyatakan, “Terima kasih kepada penaja rancangan kami.” Kang Daniel kemudiannya terus menjerit, “‘Trevi’ sedap!” dan menambah, “Saya bergurau je. Tetapi saya separuh ikhlas” selepas itu.

Kang Daniel to Host Mnet's 'Street Man Fighter' - ZAPZEE - Premier Korean  Entertainment Magazine

Sejurus selepas siaran itu, Kang Daniel berdepan kritikan daripada netizen kerana jenama iklan yang menaja ‘Street Man Fighter’ ialah ‘Seagram’ dan bukannya jenama minuman saingan ‘Trevi.’

‘Seagram’ yang mengeluarkan dana untuk rancangan itu, malah ‘Trevi’ yang mendapat promosi secara percuma. Untuk pengetahuan, Trevi merupakan jenama pesaing kepada Seagram.

1668115314 image

Kang Daniel menerima kritikan hebat kerana Seagram telah menaja penerbitan program itu selama hampir enam bulan. Tetapi dia tiba-tiba menjerit nama jenama pesaing Seagram semasa segmen yang didedikasikan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penaja.

Seorang pegawai dari industri periklanan mengkritik, “Dia seorang MC yang tidak tahu ‘Peraturan’ asas.” Pegawai itu menegaskan bahawa kenyataan mengejut Kang Daniel harus dikategorikan sebagai kesilapan penyiaran.

Seorang lagi profesional dari industri pengiklanan menyatakan, “Kami tidak meminta dia bersopan dengan penaja tetapi sekurang-kurangnya, dia tidak bersikap kurang ajar. Tidak pernah dalam sejarah seorang MC memuji produk pesaing”

1668115644 image

Antara sebab kontroversi terbaharu ini menjadi heboh adalah kerana ini bukan kali pertama Kang Daniel menghadapi kritikan kerana pemilihan kata-katanya yang cuai.

Pada bulan Julai, Kang Daniel telah dikritik keras kerana kenyataannya tentang ‘Street Woman Fighter’ semasa bercakap dengan peminatnya.

Dia berkongsi, “Sejujurnya, ia sangat selesa kerana mereka semua lelaki. Saya gembira kerana tenaga saya tidak akan disedut keluar.” Dia terus berkata, “Saya benar-benar takut pada ‘Street Woman Fighter’ kerana mereka lebih tua daripada saya dan dengan eyeliner mereka yang tajam.”

Baca lagi: “Bobby Keluar Dari iKON?!”- Agensinya Menjelaskan Lebih Lanjut

Baca lagi: Wallpaper Terbaru Red Velvet Joy Jadi Topik Hangat!

Mnet's 'Street Dance Girls Fighter' to continue 'K-dance' fever with teens

Apabila peminatnya menunjukkan kata-kata cuainya, dia membidas dengan mengatakan, “Orang seperti anda mesti marah apabila anda pergi ke ‘stand-up’ komedi. Mari kita hidup dengan mudah.

Sementara itu, Mnet telah mengeluarkan audio pada bahagian akhir episod akhir ‘Street Man Fighter’ dan telah dimuat naik semula. Mnet meletakkan BGM sebagai menggantikan audio bagi kenyataan yang diberikan Kang Daniel itu.

 

Sumber: [1]

Previous articleMin Hyo Rin Update Instagramnya Selepas Khabar Angin Yang Mengatakan Bahawa Dia Sudah Bercerai Dengan Taeyang Big Bang
Next article“Biar Betul Tinggi Yeojin LOONA Tu Je?!”- Netizen Terkejut Dengan Ketinggian Yeojin