Home Entertainment Wallpaper Terbaru Red Velvet Joy Jadi Topik Hangat!

Wallpaper Terbaru Red Velvet Joy Jadi Topik Hangat!

0

Wallpaper telefon Red Velvet Joy telah menjadi topik hangat dikalangan netizen atas talian.

Pada 10 November, Joy menyiarkan vlognya ‘JOY in Milan VLOG ITOD’S 2023 S/S SHOW’ di saluran YouTube rasmi Red velvet, yang merakamkan perjalanannya ke Milan. Semasa video itu ditayangkan, penonton melihat ‘wallpaper’ telefon Joy dan terlihat gambar seekor anjing putih yang comel.

1668156593 20221111 joy2

Apa yang menariknya ialah, anjing itu merupakan anjing peliharaan teman lelakinya Crush. Anjing itu telah diberi nama Duyu.

Netizen mengulas, “Dia benar-benar romantik,” “Gambar itu comel,” “Saya rasa mereka akan berkahwin,” “Nampaknya dia mengambil gambar itu sendiri,” dan banyak lagi.

Joy Red Velvet dan penyanyi R&B Crush mendedahkan hubungan mereka sejak Ogos tahun lalu. Mereka telah bercinta dan mendedahkan hubungan mereka secara terbuka dan ramai peminat yang menyokong hubungan mereka berdua.

Baca lagi: Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook Akhirnya Terpaksa Mengaku Mencintai Antara Satu Sama Lain

Sumber: [1]