Baru-baru ini Park Myung Soo, pelawak dari Korea Selatan mengulas tentang insiden panas Will Smith menyerang Chris Rock di Anugerah Akademi (Oscar) kali ke-94.

“Sekiranya saya datang bersama isteri ke majlis dan orang buat lawak tentang keadaan isteri saya, saya pun naik berang.” katanya cuba memahami perasaan Will Smith ketika itu.

Namun Park Myung Soo berpendapat tindakan Will Smith tetap boleh mencetuskan kontroversi lebih-lebih lagi di acara rasmi seperti itu.

“Saya lebih rela bertumbuk selepas habis majlis tersebut, saya rasa salah berbuat begitu di depan satu dunia.

“Sekiranya perkara sama berlaku, saya akan tahan marah dan berlalu dari situ secepat mungkin.”

Terdahulu aktor Will Smith menjadi topik hangat di seluruh dunia kerana menampar Chris Rock di pentas Oscar.

Baca lagi: Chris Rock Tahan Malu Ditampar Will Smith Secara ‘Live’ Di Oscar 2022 Gara-Gara Mengejek Rambut Botak Isterinya

Meskipun Park Myung Soo simpati dengan keadaan Will Smith yang sedang marah ketika itu, dia merasakan melanggar tatasusila di majlis tersebut tetap salah dan pentingnya menahan marah untuk mengelak penyesalan, malu dan pelbagai akibat lain.

Sumber: Insight

Previous articleMoonbin ASTRO Berjaya Turunkan 8kg Dan Ini Punca Mengapa Netizen Berbelah Bagi
Next articleSeorang Netizen Disaman JTBC Kerana Komennya Tentang ‘Snowdrop’