Home Entertainment Chris Rock Tahan Malu Ditampar Will Smith Secara ‘Live’ Di Oscar 2022...

Chris Rock Tahan Malu Ditampar Will Smith Secara ‘Live’ Di Oscar 2022 Gara-Gara Mengejek Rambut Botak Isterinya

0

Pada hari ini, digemparkan satu insiden yang berlaku di pertengahan acara OSCAR 2022 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Smith mengejutkan seluruh dunia apabila dia naik ke atas pentas itu dan menampar selebriti Chris Rock secara tiba-tiba.

1530079

Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak selepas bergelut dengan alopecia.

Pelakon itu pernah menulis di dalam catatan Instagram (tahun lepas): “Sekarang, saya hanya boleh ketawa. Anda semua tahu saya bergelut dengan alopecia. Ia muncul secara tiba- tiba sahaja.

Sekarang, ini akan menjadi sedikit lebih sukar untuk saya sembunyikan. Jadi, saya fikir saya hanya akan berkongsinya supaya anda semua tidak bertanya apa-apa soalan…”- Jada Pinkett- Smith

1530075

Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan itu, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap Rock.

“Tolong jangan sebut nama isteri saya dari mulut celupar awak”- Smith

Terpaksa menahan malu selepas ditampar di Academy Awards yang ditonton jutaan penonton, Rock menyatakan ini adalah momen paling terbaik pernah berlaku dalam sejarah televisyen.

Tonton video penuh tanpa ‘sensor’: