Home Entertainment Jom Intai Kediaman Mewah Uhm Jung Hwa (Doctor Cha)

Jom Intai Kediaman Mewah Uhm Jung Hwa (Doctor Cha)

0

Nama selebriti terkenal Uhm Jung-hwa menjadi bualan ramai apabila diva popular ini tampil di dalam drama siri popular Doctor Cha

Kemunculannya sebagai watak utama berjaya mencuri perhatian dan memikat hati para penonton kerana lakonannya sungguh menghiburkan dan mempesonakan.

Artis terkenal ini secara terbuka berkongsi house tour (lawatan rumah) melalui saluran YouTube Umaizing dan sangat ramai peminat terpukau dengan keindahan dan kemewahan rumah pelakon ini. Ternyata rumahnya kelihatan sangat mewah dan mempunyai sebuah taman peribadi yang sangat segar dan indah.

Jom sama-sama kita lihat kediaman Uhm Jung Hwa selebriti terkenal ini!

77c91f0c 8420 4c74 bd75 1f301f551c151. Dipilih sendiri oleh artis ini, ruang tamu di rumah Uhm Jung-hwa ini kesemuanya berwarna putih seperti kehendaknya

1b0113fb bed5 4289 ad2a ee45b23911012. Selain itu, terdapat pemandangan sebuah taman yang berjaya membuatkan para netizen kagum dan teruja

34e7ec07 442d 45cb a20c 1c52d561eccf3. Di samping Uhm Jung Hwa, terdapat rak unik yang disusun dan diisi dengan buku-buka kesukaan Uhm Jung-hwa

6ce9394d 7644 40b2 8785 6affbba930ae4. Suka menata ruangan dengan pelbagai perabot rumah, Uhm Jung-hwa juga mempunyai rak unik untuk menyimpan gelas

Uhm jung hwa5. Sangat handal di dapur dan suka memasak, Uhm Jung-hwa juga menunjukkan dapurnya yang dilengkapi dengan berbagai-bagai kelengkapan terbaru

6c59873b 7ca9 41ce bcc5 0987ae9b48e46. Uhm Jung-hwa juga memiliki ruang bacaan untuk dirinya!

479b48da 603a 4dec 9db3 f393e00b11917. Di bilik tidur, terdapat katil Uhm Jung-hwa dan anjingnya yang diletakan bersebelahan sahaja

cac60e71 1dc0 4318 8393 17c146240c858. Sangat sedap mata memandang, bilik Uhm Jung-hwa ini mempunyai pemandangan terus ke tamannya yang sungguh indah!

11d1f37d 9bc1 4847 96c7 7d2b532d7ba59. Ruang tamu kedua yang disediakan oleh artis ini untuk menjamu dan melayan sahabat-sahabat baiknya sangat cantik sekali!

ea5ce79b b9b1 4c8b aae1 2f7ad748052c10. Merupakan artis terkenal di Korea Selatan, ruang wardrobe Uhm Jung Hwa pastilah dipenuhi dengan pakaian dan aksesorisnya yang pelbagai!

Uhm Jung Hwa merupakan solois legenda dan sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 1993 lagi. Di dalam rumahnya juga terdapat sebuah almari yang penuh terisi dengan trofi anugerah yang telah diraihnya sebagai penyanyi dan juga pelakon.

Uhm Jung Hwa dilahirkan pada 17 Ogos 1971 ialah merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pereka pakaian terkenal dari Korea Selatan. Uhm Jung Hwa memulakan kariernya sebagai ahli korus untuk MBC dari tahun 1987 sehingga tahun 1990.

Artis hebat ini membuat penampilan filem pertamanya dalam Marriage Story dan mengeluarkan album studio pertamanya, Sorrowful Secret. Uhm Jung Hwa dianggap sebagai salah seorang wanita yang paling berpengaruh dalam industri hiburan Korea.

Baca Lagi: Uhm Jung Hwa Pernah Berlakon Adegan Panas Dengan 5 Pelakon Lelaki Ini

Baca Juga: 10 Foto Uhm Jung Hwa, Memukau Diawal Kemunculannya