Home Entertainment Jo Se Ho Menerima Pujian Daripada Netizen Kerana Berjaya Mengekalkan Bentuk Badan

Jo Se Ho Menerima Pujian Daripada Netizen Kerana Berjaya Mengekalkan Bentuk Badan

0

Pengacara TV Jo Se Ho terkenal dengan imej tembamnya selama ini.

fullsizephoto1171353

Bagaimanapun, beberapa tahun lalu, Jo Se Ho memutuskan untuk berdiet dan membuang sedikit lemak di badannya.

Jo Se Ho menurunkan berat badan secara beransur-ansur dan kini dia muncul di kaca tv jauh lebih langsing daripada yang sebelumnya.

1619269702 20210424 joseho2

Di dalam episod ‘You Quiz on the Block,’ dia sering mengatakan bahawa dia tidak boleh makan terlalu banyak kerana dietnya.

Tidak lama kemudian, Jo Se Ho bermegah dengan susuk tubuh badannya yang jauh lebih kurus dan dia telah mendapat perhatian dan pujian daripada netizen.

2 3

Baru-baru ini, Jo Se Ho memuatnaik gambar terbaharu kepada peminatnya. Gambar tersebut telah mendapat tepukan daripada orang ramai.

Foto tersebut mempamerkan otot di tangan dan kakinya. Dia menulis ‘caption’, “I’m sorry yoyo hasn’t come yet”

1 3

Netizen berkumpul secara atas talian dan memberikan pujian dan tepukan kepada Jo Se Ho kerana mampu untuk mengekalkan bentuk badannya dan juga mempunyai otot.

Netizen mengulas, “Itu sangat gila bagaimana dia mampu untuk mengekalkan susuk tubuhnya seperti itu,”

“Dia kelihatan sihat,”

1597612750 0003026321 007 20200815112606102

“Saya gembira dia boleh mengekalkan susuk tubuhnya,”

“Kehendaknya untuk mengekalkan tubuh badannya sangat mengagumkan,”

Sumber: allkpop