Home Entertainment 5 Episod Running Man Terbaik Yang Akan Membuatkan Penonton Tak Kering Gusi

5 Episod Running Man Terbaik Yang Akan Membuatkan Penonton Tak Kering Gusi

0

Jangan cakap anda peminat Korea kalau anda belum pernah menonton atau sekurang- kurangnya tahu tentang kewujudan rancangan “Running Man”!

24f6a3c3a43f44f48d91b3eab7321a8d

Yup, Running Man merupakan rancangan realiti yang sangat popular sejak di awal siarannya lagi iaitu pada 10 Julai 2010.

Running Man selalunya mempunyai beberapa permainan yang menarik yang akan dimainkan oleh ahli tetap Running Man dan juga artis jemputan di dalam satu episod.

Ia telah memberi impak dan mendapat populariti yang sangat besar di seluruh dunia.

Running Man TV series

Memandangkan rancangan itu sudah wujud lebih daripada sepuluh tahun, Running Man mempunyai banyak episod menarik dan kelakar dengan penampilan selebriti Korea yang hadir sebagai bintang jemputan rancangan itu.

Kali ini, kami akan memberitahu anda tentang 5 episod Running Man Terbaik yang anda tidak akan bosan walaupun ditonton berkali- kali.

1. Episod 209

Episod Running Man Terbaik yang pertama, menjadi salah satu episod legenda sepanjang rancangan ini disiarkan. Ia berlaku dalam episod yang ke-209.

runningman209

Episod ini mempersembahkan idola generasi lama dan terbaharu sebagai bintang jemputan. Misi bergelut dalam lumpur, menjadi salah satu aksi yang paling menarik dalam episod ini.

Lebih-lebih lagi, apabila Lee Kwang Soo harus menentang Kim Jong Kook pada pusingan yang terakhir.

Seperti yang diketahui, Jong Kook adalah ahli terkuat dalam Running Man yang hampir tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun.

209

Dipenuhi dengan tipu muslihat Kwang Soo, misi ini kemudian bertukar menjadi pertunjukan pentas yang sangat kelakar.

2. Episod 300

Yang seterusnya merupakan episod bersama dengan kumpulan lelaki popular iaitu BTS. Boyband fenomenal ini hadir dalam episod ke-300 Running Man.

300

BTS mempunyai peminat yang sangat ramai bukan sahaja di Korea malahan di seluruh dunia, menjadikan rancangan ini mencapai rating yang tinggi semasa penyiarannya.

Dalam episod ini, mereka perlu mengalihkan kotak yang mengandungi mi segera secepat dan sebanyak yang mungkin.

running man 21

Di dalam episod ini, ia dipenuhi dengan pelbagai aksi bodoh Lee Kwang Soo dan rakan-rakannya dan anda juga boleh melihat betapa kelakarnya ahli- ahli BTS.

3. Episod 473

Seterusnya, terdapat satu lagi episod yang patut anda tonton iaitu episod 473. Di dalam episod ini, ahli mendapat misi untuk ke pasar mini untuk membeli minuman.

Walau bagaimanapun, sudah tentu ia tidak semudah yang disangka. Sepanjang perjalanan, walaupun perlbagai perkara lucu dan pelik yang mereka lihat, mereka tidak boleh ketawa.

92 600x338 1

Jong Kook, dan Kwang Soo yang pergi bersama, telah berhadapan dengan pelbagai detik yang melucukan sehingga mereka pun penat menahan ‘ketawa’ mereka.

473

Ekspresi dan celoteh mereka berdua mampu membuatkan penonton tergelak terbahak- bahak.

4. Episod 520

Episod Running Man Terbaik seterusnya ialah pada episod yang ke 520. Walaupun tiada artis jemputan di dalam episod tersebut, ahli tetap Running Man tidak akan mengecewakan anda dengan aksi menarik dan kelakar mereka.

Dalam episod ini, ahli-ahli bersaing untuk menyanyikan lagu ‘The Lion Sleeps Tonight’ secara acappella.

Capture 9

Ia terbahagi kepada dua pasukan, kumpulan pertama terdiri daripada Lee Kwang Soo, Yoo Jae Seok, Song Ji Hyo, dan Yang Se Chan.

Capture 8

Manakala kumpulan kedua ialah Kim Jong Kook, HaHa, Jeon So Min, dan Ji Seok Jin. Aksi Lee Kwang Soo sebagai penyanyi utama berjaya membuatkan penonton tak kering gusi.

Walaubagaimanapun, kumpulan Kim Jong Kook yang akhirnya berjaya membawa lagu tersebut dengan lancar.

5. Episod 530

Running Man Terbaik episod kali ini dimeriahkan dengan kehadiran pelakon drama Korea “The Penthouse”.

Capture 10

Adakah anda marah apabila menonton watak Cheon Seo Jin dalam drama ini? Jika ya, anda patut menonton Running Man episod 530-531.

Kim So Yeon berjaya mencuri perhatian penonton di dalam episod ini. Dia menunjukkan tingkah laku yang kelihatan seperti tidak bersalah dan juga kelakar.

Capture 11

Sekaligus, telah menukar persepsi penonton sebanyak 180 darjah berbanding lakonan dalam drama itu dengan watak sebenarnya.

Bersama Lee Ji Ah, Eugene dan Ha Do Kwon, sikap kekok mereka akan lebih menghiburkan anda.

125886796 3485937948154257 4455332022058593147 n

Pembukaan episod ini juga tidak kurang lucunya, menampilkan Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo yang kelihatan seperti artis opera. Lengkap dengan pakaian dan solekan lama Eropah.

Itulah 5 episod Running Man Terbaik yang menghiburkan, dan berjaya membuat penonton gelak tanpa henti.

Semua Episod Running Man Ini Boleh Ditonton Secara Percuma!

Ada hari mungkin anda berasa sangat penat, sedih dan anda ingin lari daripada realiti untuk sementara waktu. Oleh itu, anda disyorkan untuk hiburkan hari anda dengan menonton rancangan realiti yang kelakar seperti Running Man.

viu premium access malaysia 1639157248 374d7947 progressive 1

Anda boleh menonton kesemua episode Running Man secara percuma di website dan juga di aplikasi VIU. Boleh klik dan cari di sini.

Antara kelima- lima episod di atas, manakah yang pernah anda tonton dan yang paling kelakar?