Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Jeon Yeo Bin Kembali Ke Layar Kaca Dengan Watak Bodyguard Berganda Dalam...

Jeon Yeo Bin Kembali Ke Layar Kaca Dengan Watak Bodyguard Berganda Dalam Ms. Incognito

0

Selepas kejayaan besar drama Our Movie, pelakon berbakat Jeon Yeo Bin sekali lagi mencuri perhatian dengan projek terbaharunya.

Kali ini, beliau tampil buat pertama kalinya sebagai seorang bodyguard dalam drama penuh misteri berjudul Ms. Incognito. Menariknya, drama ini tidak hanya mengetengahkan elemen jenayah, tetapi turut diselitkan dengan kisah romantis yang pasti membuatkan penonton terpikat.

Dalam drama ini, Jeon Yeo Bin akan bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Jung Jin Young, Seo Hyun Woo, dan Jang Yoon Joo. Penonton sudah pastinya menantikan bagaimana gandingan bertenaga ini akan memberi nyawa kepada jalan cerita yang penuh liku dan kejutan.

Fakta Menarik Tentang Peranan Jeon Yeo Bin Dalam Ms. Incognito

02b6473c 8e67 4e8e aaa8 f98a4bbb45cf

1. Untuk pertama kalinya, Jeon Yeo Bin diberi kepercayaan memegang watak seorang bodyguard bernama Kim Young Ran.
Jeon Yeo Bin
2. Kim Young Ran bukan sekadar pengawal peribadi biasa, sebaliknya beliau ditugaskan untuk melindungi pemilik konglomerat besar, iaitu Kumpulan Gaseong.
d32fb6f0 3a00 4c6e bca8 99ec7afab6f9
3. Demi mengubah nasib hidupnya, Young Ran sanggup menjalani perkahwinan kontrak dengan seorang ketua chaebol yang sedang sakit tenat.
0d56b084 5555 414c a2cc 56a6948eb66f
4. Namun, langkah itu memaksanya hidup dengan identiti baharu yang penuh rahsia.
7002bf0a 8975 4d09 b877 478bde704daf
5. Membawakan dua sisi berbeza, Young Ran terjerumus dalam pelbagai peristiwa tidak terduga yang menguji kekuatannya sebagai wanita dan sebagai pengawal.
38649e5a 4e2d 4bea 9e8c 190448c76b0e
6. Watak keduanya ialah Boo Se Mi, seorang wanita yang digambarkan menjalani kehidupan mewah tetapi sarat dengan konflik terselindung.
f333bd22 0d7f 4b88 89c1 86a271a93efc
7. Dalam perjalanan ceritanya, Young Ran akan dipertemukan dengan seorang bapa tunggal bernama Jeon Dong Min (lakonan Jin Young), yang menjadi titik penting dalam perkembangan kisahnya.

Kepulangan Jeon Yeo Bin dalam Ms. Incognito sememangnya menjadi detik yang paling dinanti oleh para peminat. Lebih istimewa, ini merupakan kali pertama pelakon berusia 36 tahun itu membawakan watak berganda dengan dua identiti yang berlawanan sifatnya. Penonton bukan sahaja akan menyaksikan sisi lasak beliau sebagai bodyguard, malah turut menikmati sisi glamor serta penuh misteri sebagai Boo Se Mi.

Tambahan pula, chemistry antara Jeon Yeo Bin dan Jin Young dijangka menjadi tarikan utama drama ini. Dengan jalan cerita yang sarat konflik, misteri, serta sentuhan romantis, Ms. Incognito pastinya menjadi salah satu drama paling dinantikan pada tahun 2025. Jangan lepaskan tayangan perdana drama ini pada 29 September 2025 di saluran ENA dan K+, sebanyak 12 episod setiap Isnin-Selasa.

Baca lagi: FATED HEARTS, Drama Kolosal China Paling Dinantikan September 2025
Baca juga: Dari ‘IRIS’ ke ‘Tempest’, Senarai Drama Korea Perisik Paling Menggugat Jiwa