Home Entertainment Jang Nara Digelar “Vampire Korea” Kerana Kelihatan Tidak Menua,Tetapi Gambar Terbaharunya  Telah...

Jang Nara Digelar “Vampire Korea” Kerana Kelihatan Tidak Menua,Tetapi Gambar Terbaharunya  Telah Mengejutkan Netizen

0

Adakah Jang Nara masih mengekalkan gelaran “vampire Korea”?

Jang Nara ialah merupakan penyanyi/pelakon yang sering disebut-sebut oleh netizen dengan beberapa nama panggilan yang pelik seperti “vampire penggodam masa”, “vampire Korea”,…

553 1

Kecantikannya yang awet muda nampaknya tidak menunjukkan sebarang ciri penuaan walaupun kini sudah berusia 41 tahun dan telah berada dalam industri hiburan selama lebih daripada 2 dekad.

Tetapi kenyataannya, walaupun Jang Nara berusaha menjaga kulitnya, masa tetap mencemburuinya.

gorgeous jang na ra in u40 bare face photo 2

Dalam gambarnya yang baru di’post’, si jelita itu dengan yakin mempamerkan wajah tanpa sebarang makeup yang kini mula menunjukkan beberapa tanda penuaan.

Baca lagi: 5 K-Drama Bertemakan Romantik Komedi Yang Pastinya Menjadi Pilihan Ramai

jang nara 18022022 3

Walaupun kulit Jang Nara licin dan cerah di gambar itu, netizen dapat melihat dengan jelas beberapa kedutan dan ‘eye bags’ di bawah mata dan kedutan di sudut mulutnya.

Pada usia 41 tahun, kecantikan “Jing Bora” masih diklasifikasikan sebagai kecantikan ikonik Kbiz.

Beberapa bulan lalu, netizen terkejut dengan imej baharu Jang Nara. Dia kelihatan muram dan seperti sudah tua.

Malah, penurunan berat badan yang cepat dan gaya rambut baru adalah faktor yang menyebabkan dia kelihatan kurang menarik menurut netizen.

jang nara 18022022 2

Dilahirkan pada tahun 1981, Jang Nara dianggap sebagai seorang wanita yang awet muda kerana hampir tidak menua pada usia 40 tahun.

Membandingkan gambarnya pada 17 tahun yang lalu dan kini, tidak ramai yang dapat melihat perbezaannya.

Aktres ini pernah berkongsi 4 petua yang sering dilakukannya untuk mengekalkan awet muda dalam jangka masa yang lama.

unnamed 13

Yang pertama ialah membersihkan muka, sapukan tuala suam pada kulit, urut muka setiap hari, letak ‘mask’ muka untuk menaikkan seri kulit dan yan terakhir, kekalkan sikap optimistik.

Tegasnya, sikap positif itulah yang menjadi ubat untuk membantunya kekal awet muda dan cantik untuk jangka masa panjang.

Sumber: Kbizoom