Home Entertainment Ini Punca Mengapa Peminat Membuat Spekulasi Bahawa Jeon So Min Akan ‘Tinggalkan’...

Ini Punca Mengapa Peminat Membuat Spekulasi Bahawa Jeon So Min Akan ‘Tinggalkan’ Running Man

0

Pada 8 Februari (semalam), Jeon So Min telah memuat naik gambar sebiji kek yang diterimanya daripada kakitangan ‘Running Man.’

Di atas kek tersebut terdapat satu mesej, “Terima kasih kerana menjadi ahli ‘Running Man’ untuk jangka masa yang lama ♡’ dengan lilin kuning yang menyala.

1644354391 image

Baru-baru ini, terdapat khabar angin bahawa Jeon So Min akan meninggalkan rancangan popular itu selepas menjalani pembedahan kakinya.

Dengan gambar terbaharu kek itu, ramai lagi yang percaya bahawa Jeon So Min akan meninggalkan rancangan itu.

Artikel berkaitan: 5 Episod Running Man Terbaik Yang Akan Membuatkan Penonton Tak Kering Gusi

so min bio2

Agensinya King Kong by Starship menyatakan, “Jeon So Min kini sedang dalam fasa pemulihan selepas pembedahan yang berjaya dan setakat ini, tiada keputusan dibuat lagi mengenai aktiviti akan datang Jeon So Min,”

Bagaimanapun, penerbit ‘Running Man’ menyatakan kek tersebut hanyalah sebagai hadiah untuk menunjukkan sokongan kepada aktres itu dan melahirkan rasa terima kasih di dalam hati terhadapnya.

Sementara itu, Jeon So Min telah menyertai ‘Running Man’ sejak tahun 2017 dan menerima banyak pujian untuk personalitinya yang berani.

1644354424 image

Selain itu, dia telah meninggalkan kesan yang mendalam dan telah dipuji kerana lakonan yang luar biasa dalam drama terbaru ‘Show Window: The Queen’s House.’

Sumber: allkpop