Apabila membuka laman Twitter, Facebook, TikTok malah Netflix, boleh dikatakan siri ‘Squid Game’ ini berada di mana-mana dan menjadi bualan ramai.

Siri dari Korea itu twist permainan kanak-kanak yang polos menjadi game kematian di kalangan orang dewasa.

Ia tiada babak sweet-sweet antara hero dan heroin seperti drama Korea lain yang biasa kita tonton sebaliknya pahit untuk ditelan kerana para pemain dalam permainan tersebut harus berlawan semasa sendiri atas nama survival.

Squid Game Season 1 What Netflix Release Date and Time
Sumber gambar: Release Date News

Ceritanya, Lee Jung-jae merupakan seorang duda, bapa dan kaki judi yang tinggal bersama emaknya yang sudah berusia.

Dia struggle untuk bayar hutangnya lantas bersetuju untuk terima jemputan menyertai sebuah permainan misteri menerusi kad warna coklat dengan logo bersimbol. Apakah makna di sebalik logo itu?

Bentuk pada kad itu mungkin mengingatkan kita pada logo PlayStation namun ia tiada kaitan dengan konsol permainan video tersebut.

Menurut perkongsian daripada laman The Focus, bentuk bulat, segi tiga dan petak itu sebenarnya merupakan huruf Korea, ditulis dalam Hangul, iaitu sistem tulisan Korea.

Bulatan itu menggambarkan ‘O’, bentuk segi tiga adalah ‘J’ manakala bentuk petak pula ‘M’ menjadikannya ‘O.J.M’ iaitu nama singkatan untuk squid game dalam bahasa Korea, Ojingeo Geim (오징어게임).

Klu ini terdapat pada pembukaan pertama dalam episod 1, di mana flashback watak main squid game dengan lantai yang berbentuk bulat, segi tiga dan petak semasa zaman kanak-kanak.

941ec24c50967e1ea012d087a00d881b
Sumber gambar: KK01.net

 

Previous article25 Lokasi Best Di Gangwon, Korea Selatan Yang Kaki Travel Mesti Pergi
Next article“Pakcik Tacod Tak, Tacod Tak..” – Sekali Jawapan Pakcik Ni Memang Buat Ramai Terhibur.