Home Entertainment Idola Perempuan Ini Memilih Untuk Keluar Dari Kumpulannya, Tetapi Peminat Malah Gembira...

Idola Perempuan Ini Memilih Untuk Keluar Dari Kumpulannya, Tetapi Peminat Malah Gembira Dengan Keputasannya Itu

0

Berita mengejutkan datang dari Jiho. Pada hari Isnin (9/5), idola kelahiran 1997 itu dilaporkan telah meninggalkan agensinya WM Entertainment dan OH MY GIRL.

WM Entertainment:

“Hello, ini WM Entertainment. Pertama sekali, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang menyayangi dan menyokong Oh My Girl. Kami telah memperbaharui kontrak dengan Hyojung, Mimi, YooA, Seunghee, Yu Bin dan Arin.”

ohmygirl real love wm entertainment 280322

“Berdasarkan kepercayaan padu yang kami telah bina bersama sejak 7 tahun lalu, syarikat kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada 6 ahli tersebut agar mereka boleh aktif menjalankan aktiviti dalam pelbagai bidang,” tambah WM Entertainment.

“Selain itu, kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kontrak eksklusif kami dengan Jiho telah ditamatkan kerana kami menghormati keputusan Jiho untuk mengejar impian baharunya,”sambung WM Entertainment.

Baca lagi: “Son Ye Jin Sorok Baby Bump?”, Netizen Syak Son Ye Jin Dan Hyun Bin Kini Sedang Mengandungkan Anak Pertama.

Baca lagi: Aktor Korea Ini Dedah Mentalnya Tak Stabil Selepas Berlakon Dalam ‘Squid Game’

8d36393d0bf44fb68ab64bef6dcd0ff0

Pengesahan agensi ini ternyata membuatkan netizen terkejut dan gembira.

“Apa?! Jiho seorang sahaja yang keluar?” tulis seorang netizen. “Bukankah awak baru sahaja mengadakan ‘fan-meeting’?” tambah lagi seorang netizen. “Jiho? Saya terkejut. Dia pergi ke syarikat lain ke? Dia nak buat apa?” kata seorang lagi.

“Apa? Saya terkejut kerana kumpulan ini melakukannya dengan baik,” tambah seorang lagi netizen. “Sayangya, tetapi saya rasa ada baiknya dia mencuba bidang yang berbeza, dan buat benda yang dia mahukan,” akhiri seorang lagi netizen.

Semoga terus berjaya Jiho!