Home Video Hanya Bekerja Sebagai Tukang Cuci Rumah, Wanita Ini Kini Digelar Jutawan

Hanya Bekerja Sebagai Tukang Cuci Rumah, Wanita Ini Kini Digelar Jutawan

0

Seorang wanita berkongsi kisah bagaimana beliau bergelar jutawan berkat kesibukan menjadi tukang cuci rumah beberapa buah negara di dunia selain mempunyai lebih 10 juta pengikut di dalam aplikasi Tiktok nya, lapor portal berita Daily Express.

Auri Kananen berusia 30 tahun, berasal dari Tampa, Florida memulakan pembersihan rumah orang lain secara percuma pada tahun 2020 semasa hujung minggu. Beliau merakam aksi tersebut di laman Youtube dan Tiktok. Pada hari biasa pula, Auri bekerja sebagai seorang penyelia pembersihan.

Videonya di media sosial menjadi tumpuan para penonton sehingga menarik banyak penaja dan iklan. Pengikut Auri juga bertambah, dan mempunyai lebih 10 juta pengikut di laman Tiktok dan mampu memperoleh pendapatan AS$535,675 (RM5 juta) daripada saluran Youtube miliknya.

Baca lagi: Suami Isteri Diganggu Aunty Pelik, Diminta Pindah Rumah Kerana Tak Suka Jiran Melayu

Baca lagi: Temui Duit Syiling Bertaburan Di Kawasan Kedai, Tindakan Peniaga Ini Pula Buat Ramai Yang Bimbang

Screenshot 2023 09 11 141301
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

“Membersih rumah adalah menyeronokkan, perkara terbaik yang pernah ada. Saya sangat menyukainya. Ia membuatkan saya berasa puas, gembira dan sangat santai”
“Saya masih ingat tentang keterujaan saya untuk mempunyai 100,000 pengikut tetapi sekarang saya mempunyai 10 juta pengikut”
“Wang tidak mengubah siapa saya, saya hanya suka membersihkan dan berkongsinya kepada dunia. Saya suka pekerjaan saya. Ia sangat memuaskan apabila anda boleh mengelap lapisan habuk yang tebal. Ia perasaan terbaik yang pernah ada”

Pada tahun lepas, Auri melancarkan perniagaannya dan mengembara ke seluruh dunia untuk membersihkan rumah termasuk melawat Britain, Switzerland dan Sweden.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sarang Burung