Home Video Suami Isteri Diganggu Aunty Pelik, Diminta Pindah Rumah Kerana Tak Suka Jiran...

Suami Isteri Diganggu Aunty Pelik, Diminta Pindah Rumah Kerana Tak Suka Jiran Melayu

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok azie_ramly, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana sepasang suami isteri diganggu oleh seorang aunty yang juga merupakan jirannya. Pada mulanya mereka berpindah ke sini, aunty itu baik sahaja dan boleh berborak seperti biasa tetapi suka mengumpat tentang jiran-jiran yang lain.

Selepas sebulan mereka menetap di rumah tersebut, beliau mendapat tahu bahawa aunty itu telah memburukkan mengenai mereka suami isteri kepada jiran-jiran yang lain bahawa aunty itu tidak boleh tidur dan rehat pada waktu malam kerana mereka bising. Serta aunty itu turut membuat laporan polis sehingga salah seorang anggota melawat ke rumahnya untuk siasatan, namun perkara itu tidak benar.

Sehinggalah mereka terdengar bunyi bising di luar rumah dan kelihatan kelibat aunty itu yang mengetuk dinding dan mengetuk pintu rumahnya.

Screenshot 2023 09 06 185959
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan jika daripada mula wanita ini menyatakan bahawa aunty ini suka bercerita perkara buruk tentang jirannya sememangnya dia bermasalah dan kemungkinan mempunyai penyakit. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama seperti beliau. Netizen juga memberi pendapat untuk mengubah suai hadapan rumahnya untuk elak aunty itu memasuki di dalam rumahnya.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 5.1M penonton, 191.9K sukaan dan 2926 komen.

Baca lagi: Jiran Suka Pasang Lagu Tokong Kuat2, Ramai Yang Suruh Balas Semula

Baca lagi: Bawak Kereta Bertentangan Arah, Rakaman Kereta Salah Masuk Laluan Di Flyover Raih Perhatian

Lihat klip durasi pendek reaksi aunty ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat juga apa kata orang ramai:

@AffanAryan: kalau mula² dia yg start cerita jiran²..maknanya auntie tu yg bermasalah

@Bodyguard2403: amik pndekatan mulia sis..owg tua,cba kta selami slow2..msti dpt jwpn.ksian kt dia maybe idup sunyi tu.kdg owg2 tua ni dia , phm2 ajela.insyallah ok

@Osman Baba: Dia tgh ketuk2 tu, cuba akak buat bunyi mengilai.. Heeeeeheheheeeee… Tgk dia terkejut ke tak…

@R.O.B: ni perkara biasa pada pesakit nyayuk yg kesunyian dan stress akan berhalusinasi, mana2 yg masih ada ibubapa yg dah tua jgn lah tinggal kn mereka terka

@Dieladidi: buat tembok tutup terus biar dia xnampak awak sekeluarga

@adillah: Sy cara dia bising gaya gitu..Sy buka lagu2 Quran zikir kuat alhamdulillah ank2 pun selesa tdo dgn aman.abaikan bunyi bising fokus dgn zikir.inshallah

@Mom. Zr trusted seller: Sm mcm kes jiran sy ni… Nyayuk pya pasal… Sekali berhalusinasi… Kesian bila tgok org tua sendirian cmni..

@hafzah.km: Sy pn slalu kena mcm ni.. dr pindah 2020, smpi skrg blarutan. Berahi btul ketuk dinding, jd xfhm.. mmg boleh gaduh..

@Luffy Gear 5: saya mcm nmpk budak dkt rumah antie… mgkn budak ghoib tuh yg buat bising sehingga kacau dia.. yg dia kira dari rumah sblh.. allahua’lam

@rianariana40245: Apa apapun semoga kita sellu dilindungi dunia dan ahirat, Amin ya rabbal alamin

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram