Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Han Suk Kyu Kembali Dengan Watak Unik Dalam Drama Komedi Terbaharu Shin’s...

Han Suk Kyu Kembali Dengan Watak Unik Dalam Drama Komedi Terbaharu Shin’s Project

0

Platform penstriman Viu pada 15 September 2025 telah menayangkan drama Korea terbaharu yang berjudul “Shin’s Project”. Drama Korea bergenre komedi ini mengisahkan tentang kehidupan Mr. Shin, seorang pakar rundingan yang secara tiba-tiba beralih kerjaya menjadi seorang pengurus pemilik restoran ayam goreng.

Watak utama Mr. Shin dibawakan oleh pelakon legenda iaitu Han Suk Kyu, yang dikenali kerana sentiasa berjaya menghidupkan watak ikonik dalam setiap karya lakonannya. Menjelang tayangan drama ini, mari kita soroti fakta menarik mengenai peranannya yang menarik ini.

Fakta Menarik Tentang Watak Han Suk Kyu Dalam Shin’s Project

 

Han suk kyu

1. Han Suk Kyu memegang watak Mr. Shin, seorang pengurus restoran ayam goreng bersama dua orang pembantu yang cekap.

 

IMG 8293

2. Di sebalik kerjayanya itu, Mr. Shin sebenarnya seorang pakar rundingan yang dipercayai serta berpengalaman dalam menyelesaikan kes-kes yang rumit.

 

IMG 8294

3. Beliau mempunyai rekod kerjaya yang cukup hebat, termasuk pernah berkhidmat sebagai penasihat rundingan krisis untuk FBI dan Interpol.

 

6b79eec8 0194 46ff b451 022225e7ddc6

4. Mr. Shin juga pernah dilantik sebagai profesor termuda yang mengajar kelas khas rundingan di universiti tersohor dunia, Harvard.

 

67f0e790 c182 41c1 9aed 300dbb7adb0d

5. Walaupun kini menguruskan restoran, beliau tetap aktif sebagai pakar rundingan dengan teknik berkesan yang mampu memikat sesiapa sahaja yang mendengar.

 

IMG 8290

6. Kehadiran Jo Philip (lakonan Bae Hyeon Seong), seorang hakim muda berprestasi yang diarahkan ketuanya untuk bekerjasama dengan Mr. Shin, menambahkan lagi warna dalam kisah ini.

 

IMG 8295 1

7. Sepanjang drama ini, Mr. Shin akan tampil dengan dua gaya pakaian berbeza bagi memudahkan penonton membezakan peranan yang sedang dijalankannya.

Han Suk Kyu turut berkongsi bahawa watak Mr. Shin sangat berbeza daripada watak-watak terdahulu yang pernah beliau jayakan. Jika sebelum ini beliau sering tampil dengan karakter tegas dan serius, kali ini Mr. Shin akan memadukan proses penyelesaian kes yang rumit dengan sisi santai serta penuh humor.

Bagi yang ingin menyaksikan sisi berbeza Han Suk Kyu, nantikan tayangan “Shin’s Project” 15 September ini di Viu!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: “A Hundred Memories”, Kisah Persahabatan dan Cinta Tiga Segi Yang Sarat Emosi dan Misteri
Baca juga: “My Youth”, Kembali ke Luka Lama, Pertemuan Song Joong Ki dan Cinta Pertamanya