Home Artis Korea Hampir ke Penamat, Kenali 9 Pelakon Kanak-Kanak yang Mewarnai Queen of Tears...

Hampir ke Penamat, Kenali 9 Pelakon Kanak-Kanak yang Mewarnai Queen of Tears Selama Ini

0

Semua perkara yang wujud dalam drama Queen of Tears biasanya berjaya memukau para penonton sehingga membuatkan rating setiap episod selalunya meraih peratusan tinggi. Bermula dari plot cerita yang menarik hingga persembahan lakonan para bintang utama yang memukau.

Drama Korea Queen of Tears ini memang dipenuhi para pelakon terkenal dari artis senior dan juga pelakon-pelakon muda popular. Selain itu, pelakon-pelakon kanak-kanak yang terlibat dalam drama ini juga sangat berbakat. Mereka berjaya membawa walltak mereka dengan baik hingga mendapat pujian dari banyak pihak.

Lakonan yang sangat berkesan dari pelakon-pelakon kanak-kanak ini membuatkan mereka menjadi idola baru bagi peminat. Siapakah artis kanak-kanak yang turut terlibat berlakon dalam Queen of Tears?

 

Queen of tears1. Pertama adalah Min Seo Young yang membawa watak sebagai Hong Hae In semasa zaman kanak-kanak. Watak tegas yang menjadi!

 

 

 

Queen2. Sementara itu, Hwang Ji A membawa watak sebagai Hong Hae In versi remaja yang pembawaanya kelihatan lebih dingin

 

 

 

05d1d153 3081 412d 8d32 7a8bdb0135b93. Manakala Kim Joon Eui membawa watak sebagai Hong Soo Cheol kecil. Babak dia menangis sangat berkesan dan membuatkan penonton turut emosi

 

 

 

Queen of4. Tidak ketinggalan dengan pelakon yang membawa watak Baek Hyun Woo kecil iaitu Cho Yi An. Wajahnya memang benar-benar mirip dengan Kim Soo Hyun

 

 

 

3c385598 53fc 4639 85c4 1c5a174f20335. Sementara itu, Baek Hyun Woo versi remaja dilakonkan oleh Moon Sung Hyun yang tampak manis dengan tatapannya yang redup

 

 

 

3965f825 51bd 418d 8024 03bed384b8046. Lee Joo Won berjaya membawakan watak Yoon Eun Sung dengan baik, ditambah pula dengan tatapan psikopatnya yang nampak menyeramkan

 

 

 

9035b152 8262 4f87 aad8 6e6d828ac04d7. Choi Na Rin membawa watak Cheon Da Hye versi kanak-kanak. Lakonannya sebagai sosok yang manipulatif dianggap sangat berjaya

 

 

 

345f68b3 a4bb 47b8 ad17 a9c4b29924d08. Watak bayi comel Hong Gun U ini dilakonkan oleh Goo See Woo. Sosok anak Hong Soo Cheol dan Cheon Da Hye ini merupakan watak kesayangan baru dalam Queen of Tears

 

 

 

2e1c303f ce7d 4ce6 92b7 3b1ee0fabbf69. Terakhir adalah Kim Dong Ha yang membawa watak Baek Ho Yeol, anak saudara kepada Baek Hyun Woo yang sangat ekspresif dan comel

Semua pelakon Queen of Tears memang berjaya mempersembahkan lakonan yang hebat. Tidak ketinggalan juga dengan pelakon-pelakon kanak-kanak di atas yang berjaya memukau para penonton dengan lakonan mereka. Bahkan Goo See Woo menjadi bintang baru yang disukai sebagai bayi yang sangat comel.

Baca lagi: Grace Go Watak yang Menjengkelkan dalam Queen of Tears, Jom Kenali Dia
Baca juga: Queen of Tears: 7 Perkara Yang Mungkin Akan Berlaku Semasa Ending Nanti, Sangat Mendebarkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here