Home Entertainment Girls’ Generation Sedia Kejutan Buat Peminat

Girls’ Generation Sedia Kejutan Buat Peminat

0

Tanda di kalendar anda sekarang! Girls’ Generation bakal kembali dengan album terbaharu buat peminat yang rindu kan mereka!

Girls Generation at DMC Festival 2015 MBC Radio DJ Concert 02

Kumpulan tersohor ini telah membuat kenyataan rasmi pada 25 Julai, apabila dilaporkan bakal kembali dengan album terbaharu sempena 15 tahun usia kumpulan mereka dalam industri muzik Kpop. Album itu bakal diterbitkan pada Ogos, iaitu sebuah album studio, FOREVER 1.

dummy 9

Girls’ Generation turut melancarkan teaser untuk album tersebut yang bakal menemui peminat secara rasmi pada 8 Ogos.

Girls’ Generation telah membuat comeback kali terakhir pada Ogos 2017, dengan album Holiday Night. 

Adakah anda teruja dengan kemunculan semula Girls’ Generation?

Sumber: Soompi 

Baca artikel terdahulu: SM Entertainment Tidak Mahu Terbitkan Lagu Taeyeon