Home Entertainment (G)I-DLE Soyeon Terkaku Dengan Permintaan Wartawan Ini

(G)I-DLE Soyeon Terkaku Dengan Permintaan Wartawan Ini

0

Semasa bergambar, ahli (G)I-DLE Soyeon terkaku atas permintaan wartawan. Ingin tahu apa yang dia diminta untuk lakukan? Teruskan membaca!

Pada pagi 13 Oktober, semua ahli kumpulan gadis (G)I-DLE muncul di Studio JTBC Ilsan di Goyang-si, Gyeonggi-do, untuk merakam episod untuk rancangan hiburan JTBC “Knowing Bros.”

(G)I-DLE Soyeon Freezes at Reporters Request—Here’s What She Was Asked To Do

Di sini, ahli (G)I-DLE dilihat berdiri sebelah-menyebelah semasa mereka bergambar. Seperti artis profesional, setiap ahli mahir membuat pelbagai pose, seperti menunjukkan bentuk hati, di kamera.

Semasa mereka bergambar, seorang wartawan tiba-tiba meminta, “Jom buat pose comel. Pose comel.” Mendengar ini, ahli lain menukar pose mereka, membuat pipi comel.

(G)I-DLE Soyeon Freezes at Reporters Request—Here’s What She Was Asked To Do

Namun, Soyeon yang berdiri di tengah terus terkaku. Nampaknya sukar untuk Soyeon membuat pose yang comel, kerana dia terkenal dengan imej girl crush yang yakin dan berkarisma.

Baca lagi: Hwasa Tetap Mahukan ‘Ini’ Walaupun Terpaksa Susahkan Ahli MAMAMOO Yang Lain

Baca lagi: Choi Jong Bum Diarahkan Membayar Ganti Rugi Kepada Keluarga Mendiang Hara Kerana Menyebabkan Kematian Idola Itu

throwback jeon soyeon

(G)I-DLE Soyeon Freezes at Reporters Request—Here’s What She Was Asked To Do

Selepas membeku seketika, Soyeon memutuskan untuk membuat tanda peace dengan kedua-dua belah tangannya. Wartawan yang membuat permintaan itu melihat pose Soyeon dan dengan pantas meminta lagi, “Soyeon, pose comel!”

Nampaknya ahli-ahli memahami situasi itu, kerana mereka tiba-tiba ketawa dan mecuba sehabis baik untuk memaksa ketua mereka itu membuat pose comel, namun gagal.