Home Entertainment Gerard Butler Berkongsi Pengalaman Hampir Terbunuh Hilary Swank

Gerard Butler Berkongsi Pengalaman Hampir Terbunuh Hilary Swank

0
Gerard Butler mendedahkan bintang yang bergandingan dengannya dalam filem P.S I Love You iaitu Hilary Swank terpaksa dikejarkan ke hospital apabila pelakon lelaki itu hampir membuat Hilary Swank cedera parah semasa kemalangan di set penggambaran, “saya hampir membunuhnya”, katanya.

1F775654 CC37 4C38 8E80 FAB22DD1B993

Pelakon tampan yang serba boleh itu menyatakan bahawa semasa menjalani penggambaran filem romantik komedi P.S I Love You pada tahun 2007, Hilary Swank mengalami kecederaan akibat kecuaiannya.
Gerard Butler mendedahkan tentang perkara tragik tersebut sewaktu ditemuramah oleh Drew Barrymore dalam rancangannya The Drew Barrymore Show. Gerard Butler mengakui dia sangat selesa bekerja bersama Hilary Swank, walaubagaimanapun dia masih rasa bersalah kerana dia hampir membunuh pelakon wanita berkenaan.

E9EA29D8 6B1A 4BA7 B488 AD4CDCCA4E0E

Baca Juga: Kisah Benar Menyeramkan Di Sebalik Filem Orphan
Menjelaskan mengenai adegan yang menyebabkan Hilary Swank dikejarkan ke hospital, Gerard Butler mengatakan bahawa sepatutnya babak berkenaan adalah sebuah babak yang lucu. Gerard Butler mengenakan klip besi pada seluar pendek yang dipakai olehnya, sepatutnya klip besi tersebut melantun ke wajah Gerard Butler tapi sebaliknya klip besi tersebut melantun dan terus melukai kepala Hilary Swank tanpa sebarang perlindungan.
Dalam masa 3 saat semua orang tiada (di set penggambaran), saya hanya terduduk di situ memakai seluar pendek boxer saya, sepasang kasut but bersama stokin dan saya mula menangis seorang diri”, kata pelakon itu lagi dan menjelaskan pada waktu itu semua orang sibuk dan kelam kabut membawa Hilary Swank ke hospital memandangkan dirinya berlumuran darah akibat terkena klip besi tersebut.
Saya telah memberi parut kepada Hilary Swank, saya hampir sahaja menyebabkan kedua-dua mata Hilary Swank tercabut, selama dua hari selepas kejadian itu saya seperti hilang akal memikirkan keadaan dan nasib Hilary Swank”, sambung pelakon itu lagi.
Dia mengingati kembali detik tersebut dan memberitahu, “Hilary Swank terus dibawa ke hospital dan tiada sesiapa pun yang tinggal di set penggambaran”.
Nasib menyebelahi Hilary Swank dan dia sembuh dari kecederaan tersebut tanpa meninggalkan sebarang parut. Kedua-dua Hilary Swank dan Gerard Butler dilihat meluangkan masa bersama-sama kerana mereka perlu menghabiskan penggambaran filem tersebut.

382D46C8 5332 4FF4 9F05 EB1C569517D1

Kejadian tersebut menjadi memori pahit buat Gerard Butler tapi dia menyatakan, setiap kali bertemu Hilary Swank dan bercerita tentang kejadian tersebut, mereka berdua akan sama-sama tergelak kerana memikirkan keadaan Gerard Butler yang terlampau cemas pada waktu itu.
Baca Juga: Putera Harry dan Meghan Markle Isytihar Muflis?