Home News Gandingan Kim Tae Hee dan 7 Pelakon Dalam Kdrama

Gandingan Kim Tae Hee dan 7 Pelakon Dalam Kdrama

0

Setelah 3 tahun menyepikan diri dari dunia lakonan dan dunia seni, pelakon wanita cantik jelita dan ternama iaitu Kim Tae Hee akhirnya membuat comeback (kemunculan semula) menerusi drama siri terbarunya.

Artis yang kini sudah mencecah usia 43 tahun ini dipilih untuk menjadi pelakon utama dalam drama siri terbaru ENA TV yang berjudul Lies Hidden in My Garden (2023).

Dalam drama siri Lies Hidden in My Garden (2023), Kim Tae Hee akan bergandingan dengan pelakon wanita yang kini sedang meningkat naik iaitu Lim Ji Yeon. Dalam drama siri ini, kedua-duanya akan menjalani kehidupan yang berbeza dan mereka berdua terperangkap dalam sebuah rahsia yang gelap dan mengejutkan.

Berikut ini merupakan senarai pelakon terkenal Korea Selatan yang pernah bergandingan dengan Kim Tae Hee dalam drama siri popular Korea. Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:

Kim tae hee

1. Menjadi drama hits sepanjang zaman, Kim Tae Hee selalu bersikap kejam dan jahat terhadap Choi Ji Woo dalam drama siri Stairway to Heaven (2003)

fb0e1e69 ac71 4b1b 9164 3b3e2159392f

2. Pelakon cantik ini pernah bergandingan dengan artis Kim So Yeon dalam drama siri Iris (2009). Kedua-duanya daripada negara yang berbeza!

9bcd91d5 fa15 4cf5 b4fc 83c0745b200d

3. Kim Tae Hee merasa cemburu dengan Park Ye Jin kerana dia menjadi wanita yang disukai oleh Song Seung Heon dalam drama siri My Princess (2011)

8ecb3670 b819 4725 956c 9ce2ee3ba472

4. Sementara dalam drama siri Jang Ok Jung, Living by Love (2013), Hong Soo Hyun adalah permaisuri raja Joseon sedangkan Kim Tae Hee adalah gundik raja

10396b44 9c22 47ae b975 b27f50a6589d

5. Drama siri ini meraih kejayaan besar, Chae Jung An berkahwin dengan saudara tiri Kim Tae Hee dalam drama siri Yong Pal (2015). Sebuah drama siri yang memaparkan banyak konflik!

b093e1e4 02fa 4032 acdb 543c95cd59ea

6. Dihidupkan kembali, Kim Tae Hee meminta Go Bo Gyeol untuk menjaga dan menyayangi anaknya hingga dewasa dalam drama siri yang menyentuh perasaan iaitu Hi Bye, Mama! (2020)

77b6864d 50d9 42d7 abf8 8859a1b5a74f

7. Mempunyai kehidupan yang berbeza, Kim Tae Hee dan Kim Ji Yeon akan disatukan kerana sebuah rahsia gelap dalam drama siri Lies Hidden in My Garden (2023)

Isteri Rain ini dilahirkan pada 29 Mac 1980 ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan yang sangat terkenal. Dia dikenali dengan lakonannya di dalam drama siri Stairway to Heaven (2003), Love Story in Harvard (2004), Iris (2009), My Princess (2011) dan Yong-pal (2015).

Setiap drama siri Korea yang dibintangi oleh ibu anak dua ini selalu dinantikan oleh para peminat KDrama. Kim Tae Hee bakal muncul dalam drama Lies Hidden in My Garden (2023) bersama artis Lim Ji Yeon. Drama siri ini dijadualkan akan ditayangkan pada 19 Jun yang akan datang.

Baca Lagi: Lies Hidden In My Garden Kdrama misteri terbaru tayang 19 Jun Ini

Baca Juga: 5 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Jun 2023