Home Entertainment Gambar Terkini IVE Jang Wonyoung Buat Peminat Risau!

Gambar Terkini IVE Jang Wonyoung Buat Peminat Risau!

0

Selepas gambar terbaharu Jang Wonyoung tersebar, ramai yang mula bimbang dengan penurunan berat badannya.

Sejak Jang Wonyoung muncul dalam program survival Mnet Produce 48, dan seterusnya memulakan kerjaya dalam kumpulan gadis IZ*ONE, idola muda itu sentiasa mendapat perhatian netizen. Dia bukan sahaja berbakat, malah mempunyai visual yang seakan-akan anak patung.

081a396a017621500bdec4102f8d4e5e

Malah, sekarang Jang Wonyoung merupakan salah satu idola K-pop paling popular di kalangan generasi keempat.

Wonyoung dengan tinggi 173cm, telah membuat peminat risau dengan beratnya yang sekarang. Walaupun ramai yang memuji bentuk badannya, tetapi ramai juga yang bimbang dengan penurunan berat badan penyanyi “After Like” itu.

7c86e8d713c8ec77e0a6f5c453c561f8

Jang Wonyoung beberapa tahun yang lalu

jang wonyoung 1

Jang Wonyoung sekarang (2022)

Di forum komuniti dalam talian Nate Pann, seorang netizen berkongsi gambar Jang Wonyoung dan bentuk badannya beberapa tahun lalu semasa promosinya bersama IZ*ONE, dan juga gambar terbarunya.

Di gambar lamanya, peha dan pipi Jang Wonyoung lebih berisi, manakala gambar terbarunya menunjukkan pahanya nyata lebih langsing apabila celah di antara pehanya menjadi lebih lebar, dan tulang pipinya menjadi lebih menonjol.

Bersama-sama dengan dua gambar itu, netizen meluahkan kebimbangan mereka terhadap penurunan berat badannya yang berterusan, dan tertanya-tanya sama ada dia mempunyai masalah kesihatan.

Baca lagi: Baru 6 Bulan Berkahwin, Hyun Bin Sudah Jadi Seperti Itu?

Baca lagi: Penyanyi Lee Jin Hyuk Dikecam Kerana Gurau ‘Kasar’ Dengan Wendy Red Velvet

image

Netizen lain bersetuju dan menyatakan kebimbangan mereka terhadap kesihatan Jang Wonyoung, memandangkan beratnya di bawah 45kg. Bagaimanapun, ramai juga yang mempertahankan idola itu dengan menyatakan dia masih cantik dan ramai yang cemburu dengan tubuh badannya.

Beberapa komen netizen:

“Dia sangat cantik, tetapi dia benar-benar kelihatan seperti rangka dalam kehidupan sebenar…”

“Walaupun korang menurunkan berat badan sampai nampak tulang sekalipun, korang takkan dapat badan macam Wonyoung. Tak rasa ke korang buang masa sebab bimbangkan badan selebriti terkenal?”

“Seorang yang saya kenali secara peribadi adalah pelatih di Starship [Entertainment], tetapi salah seroang kakitangan agensi itu berkata bahawa Jang Wonyoung hanya makan sebatang timun sehari sehingga dia rebah selepas tidak makan sepanjang hari.”

“Biarkan dia sendirian.”

“Wah, dalam gambar pertama dia nampak sangat cantik…”

“[Jang Wonyoung] awak sudah cukup sempurna. Berhenti menurunkan berat badan.”