Home Entertainment 5 Idola K-pop Yang Dibenci Atas Sebab Yang Tak Masuk akal

5 Idola K-pop Yang Dibenci Atas Sebab Yang Tak Masuk akal

0

Menjadi idola K-pop bukanlah mudah kerana mereka sentiasa menjadi perhatian umum. Walaupun banyak idola menerima sokongan dan kasih sayang yang besar daripada peminat K-pop, ada juga yang menerima kebencian daripada netizen.

Dengan itu, berikut adalah beberapa idola K-pop yang dibenci atas sebab yang tidak masuk akal.

1. Red Velvet Yeri

1

Apabila Red Velvet membuat penampilan sulung pada tahun 2014, mereka pada mulanya hanya mempunyai empat ahli, Yeri kemudian ditambah ke dalam kumpulan tersebut.

Disebabkan itu, Yeri dihujani dengan komen yang berbentuk kebencian, memanggilnya “hodoh” dan “tidak berbakat,” dan mengkritiknya kerana “tidak cukup baik” untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan itu.

Selain itu, dia juga telah dibenci netizen kerana dia menangis di pengebumian SHINee Jonghyun, di mana netizen mengkritiknya kerana didakwa sebagai “attention seeker.”

2. AB6IX Daewhi

2

Bekas ahli Wanna One, yang kini merupakan ahli AB6IX Daehwi, idola muda itu menerima kebencian kerana berat badannya.

Semasa episod Mnet’s Not the Same Person You Used To Know, Daehwi mendedahkan beratnya sekitar 51.5kg, dengan pinggangnya berukuran 17 hingga 20 inci.

Menurut netizen, berat badannya itu selalunya dilihat pada idola wanita. Oleh sebab itu, dia dikecam kerana “tidak cukup jantan”.

3. NMIXX Jiwoo

3

Tidak lama selepas Jiwoo debut sebagai ahli NMIXX, idola rookie itu mendapat perhatian netizen kerana berat badannya juga.

Walaupun baru berusia 17 tahun, netizen mengatakan bahawa badannya “montel”, khususnya “kakinya yang besar”. Mereka juga menuntut agar dia “menguruskan dirinya dengan lebih baik” supaya persembahannya kelihatan lebih baik dari segi berat badannya.

4. Chen EXO

4

Kisah percintaan idola K-pop kekal menjadi topik yang hangat di kalangan peminat, terutamanya jika idola itu popular. Jadi, apabila Chen memberitahu berita perkahwinannya dengan teman wanitanya yang ketika itu bukan selebriti dan juga mendedahkan kehamilannya, peminat segera memboikot ahli EXO itu.

Peminat telah menuntut Chen agar meninggalkan kumpulan itu selepas mendakwa bahawa dia telah “mengkhianati” mereka. Malah sampai ke tahap di mana peminat memprotes di luar SM Entertainment menggesa agar dia keluar dari EXO.

5. CLASS:y Boeun

5

Idola K-pop yang memulakan kerjaya pada usia yang begitu muda telah menjadi kontroversi, memandangkan betapa beratnya kehidupan seorang idola.

Jadi apabila Boeun membuat debutnya dengan CLASS:y pada usia muda 14 tahun, ramai yang berbelah bahagi.

Tetapi dia telah menimbulkan kebencian apabila dia dilihat meminum susu formula bayi untuk menjadi lebih tinggi di MBC’s Omniscient Interfering View. Ini menyebabkan netizen mengecam tindakan idola muda itu dan menyifatkan tindakannya sebagai sesuatu yang “menyeramkan.”