Semalam dunia K-Pop digemparkan dengan khabar Joy Red Velvet dan penyanyi Crush bercinta.

Kemudian komen-komen Crush tentang wanita idealnya sebelum ini kembali mendapat perhatian ramai.

Semasa jadi tetamu untuk rancangan ‘Radio Star’ di stesen MBC, Crush pernah menggambarkan Irene Red Velvet sebagai wanita idamannya sebab wanita itu memberi usaha terbaik pada kariernya.

1629762145 1

Setelah kejadian itu, Crush muncul lagi di ‘Radio Star’ dan kali ini bersama Joy untuk mempromosikan single kolaborasi mereka, “Mayday”. Crush pun buka cerita dalam program temu bual tersebut.

Sebelum ini Joy pernah kata kat Crush yang dia dengar penyanyi lagu OST Goblin itu bercakap pasal member dia, Irene di ‘Radio Star’. Lalu Crush pun berasa awkward.

Pengacara Kim Gu Ra pun bertanya, “Jadi adakah Joy adalah jambatan untuk anda sampai ke Irene?”

Bila dengar tu, Crush terus jawab, “Tak, tak. Sebenarnya wanita ideal saya adalah Joy.” Lalu perbualan itu beralih kepada topik kolaborasi album mereka pula.

Sumber: AllKpop

Previous articleKena Prank Dengan Abang, Peminat BTS Ini Dapat Kejutan Hari Jadi Tema Presiden Korea Utara
Next articlePerkenalkan K-Pop Trainee Ini Se Jin, Dan Dia Bukan Manusia Sebenar