Home Entertainment Family The Unbreakable Bond, 11 Watak Dengan Identiti Rahsia

Family The Unbreakable Bond, 11 Watak Dengan Identiti Rahsia

0

Family The Unbreakable Bond, 11 watak dengan identiti rahsia. Siapakah mereka itu? Jom semak!

Family The Unbreakable Bond merupakan drama komedi tentang ejen rahsia. Drama siri ini berkisar tentang kehidupan pasangan suami isteri yang sebenarnya memiliki identiti tersembunyi. Namun, kedua-dua belah pihak sama-sama tidak mengetahui identiti rahsia masing-masing.

Selain itu, terdapat juga watak-watak lain dalam drama Family The Unbreakable Bond yang turut memiliki identiti rahsia. Identiti apakah yang mereka sembunyikan? Jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:

 

Family: The Unbreakable Bond1. Disangkakan hanyalah pekerja biasa, Kwon Do Hoon (Jang Hyuk) sebenarnya adalah ejen BIN yang lebih banyak menghabiskan waktu untuk bekerja

Family: The Unbreakable Bond2. Menjadi isteri Kwon Do Hoon yang mengusahakan sebuah kafe, Kang Yoo Ra (Jang Na-ra) ternyata merupakan seorang penembak tepat yang dibesarkan untuk menjadi pembunuh sejak kecil lagi

Family: The Unbreakable Bond3. Oh Cheon Ryeon (Chae Jung-an) bekerja sebagai orang atasan Kwon Do Hoon. Seperti Kang Yoo Ra, dia juga turut dibesarkan untuk menjadi seorang pembunuh

Family: The Unbreakable Bond4. Manakala Jo Tae Gu (Kim Nam-hee) pula turut membesar bersama Kang Yoo Ra dan Oh Cheon Ryun untuk menjadi pembunuh

Family: The Unbreakable Bond5. Im Jae Yul (Lee Joo Won) merupakan anggota BIN sekaligus merupakan rakan sekerja Kwon Do Hoon dan Oh Cheon Ryeon

9d961420 c50d 45b5 a636 306dd5d1b67d6. Di sebalik sifatnya yang ceria, Yoon Chae Ri (Lee Chae Young) juga merupakan ejen BIN yang disukai oleh Im Jae Yul

64657118 11a1 43bd b7c2 0820e87b51777. Sementara itu, Ma Young Ji (Gabee) menjadi ejen BIN yang lebih banyak bekerja menggunakan laptopnya untuk menyiasat kes di pejabat

Family: The Unbreakable Bond8. Tampil sebagai cameo, Shadow (Lee Joo Myoung) juga bertugas sebagai ejen BIN dengan kemahiran seni bela diri yang sangat handal

Family: The Unbreakable Bond9. Menjadi salah satu watak yang bertanggung jawab menjadikan kanak-kanak kecil sebagai pembunuh, Ma Yeon Rim (Lee Mi Sook) sering dipanggil dengan nama Nabi

700e9b3d 1301 4602 8516 54344c38ddaf10. Berkawan dengan Kwon Do Hoon, Thomas Wolf (Bruno Bruni) sebenarnya adalah pembunuh yang dipanggil Dominic oleh ejen BIN

Family: The Unbreakable Bond11. Gu In Bo (Choo Sung Hoon) juga merupakan pembunuh upahan sekaligus target BIN. Kejahatannya membuatkan dia dibunuh oleh ejen BIN

Walaupun dipenuhi dengan watak yang mempunyai identiti rahsia, Family The Unbreakable Bond tetap membuatkan para penonton hingar dengan gelak ketawa kerana banyak babak komedi yang memang sangat mencuit hati!

Baca Lagi: Lakonan Berkesan Jang Na Ra Dalam Kdrama Terbaru “Family: The Unbreakable Bond”

Baca Juga: Kdrama: 10 Pelakon Wanita Berusia Bawa Watak Utama Kdrama 2023