Home K - Pop ‘Eksperisnya Seperti Orang Sedang Tertekan,” Peminat Risau Baca Kapsyen Terbaru G-Dragon Di...

‘Eksperisnya Seperti Orang Sedang Tertekan,” Peminat Risau Baca Kapsyen Terbaru G-Dragon Di Instagram

0

Idola itu memuat naik beberapa keping gambar ke Instagram story miliknya.

Salah satu gambar menunjukkan G-Dragon sedang menggunakan filter topi salad. G-dragon juga menghiasi gambar tersebut dengan melukis awan dan hujan dan gambar brokoli.

unnamed 16

Satu lagi gambar menunjukkan artis itu dengan ekspresi melankolik. Gambar itu menunjukkan ia diambil pada pukul 6:39 pagi.

unnamed 1 6

Peminat paling bimbang tentang gambar lain yang dimuat naik oleh idola itu. Beberapa swafoto telah dimuat naik dengan kapsyen yang membimbangkan.

Saya mahu ‘refund’ kehidupan saya. Ia sangat berbeza daripada apa yang saya fikirkan.- G-Dragon

Peminat telah menunjukkan reaksi yang bercampur-baur, dengan sesetengahnya bimbang bahawa G-Dragon mungkin melalui sesuatu yang sukar. Ada juga yang berfikir mungkin kapsyen itu adalah lirik kepada lagu baharunya.

unnamed 3 3

Terkini, idola itu banyak memuat naik beberapa keping gambarnya di studio, membuktikan bahawa dia sedang bekerja membuat muzik baru.

 

Sumber: [1]