Home Kdrama/Kmovie Ada Apa Dengan Nadia Rahman, Watak Utama She Was Pretty (Remake) Malaysia

Ada Apa Dengan Nadia Rahman, Watak Utama She Was Pretty (Remake) Malaysia

0

Siapa Nadia Rahman? Kenapa nama dia tiba-tiba famous ni?

nadia rahman scaled

Nadia Rahman (Diana Danielle) ni dulunya cantik tau, rambut lurus, muka memang flawless la! Memang memenuhi citarasa lelaki la kata kan.

Nadia Haniff

Tapi semua tu tinggal kenangan je, lepas ayah dia jatuh bankrupt, Nadia dah tak ada masa nak pergi saloon, nak buat rawatan muka, so apa yang jadi? Jadilah Nadia Rahman yang sekarang ni!!!

Nadia

Waktu kecik dulu, Nadia rapat dengan Hanif sebab diaorang ni berjiran sampai lah Hanif pergi ke luar negara sebab ikut keluarga dia. Maka tinggal lah Nadia di Malaysia. Satu hari tu, Hanif Hilmi (Aiman Hakim Ridza) cuba semula untuk hubungi Nadia melalui e-mail dan berjaya, namun Nadia tidak mahu berjumpa dengan Hanif dalam keadaan dia sebegitu rupa. So, apa yang Nadia buat bagi nak kelirukan si Hanif ni? Nadia telah menyuruh rakan baiknya, Kejora (Daniella Sya) untuk menyamar sebagai dirinya.

Macam-macam hal la kan, kenapa Nadia taknak mengaku je yang tu dia? Kenapa Nadia nak mengelak? Hanif suka Nadia sebab rupa ke bukan sebab hati?

Cerita ini diadaptasikan dari drama bersiri She Was Pretty (Korea) yang dilakonkan oleh Park Seo Joon, Hwang Jung-eum, Choi Si-won dan ramai lagi. Jangan lupa tonton cerita She Was Pretty (Malaysia) ini di Viu untuk ketahui kesudahan mengenai Nadia & Hanif,setiap hari Khamis! Jom tonton bersama!