Home K - Pop Dulunya Seorang Ahli Kumpulan Terkenal, Kini Hanya Bekerja Di Kilang Demi Bekas...

Dulunya Seorang Ahli Kumpulan Terkenal, Kini Hanya Bekerja Di Kilang Demi Bekas Isteri Dan Anak Lelakinya

0

Eli memutuskan untuk tinggal di Korea demi keluarganya dan bekerja di sebuah kilang untuk menyokong kewangan Ji Hyeon Soo dan anaknya.

Minggu lalu di ‘We Got Divorced 2,’ Eli menyatakan hasratnya untuk tinggal di Korea dan tinggal berhampiran dengan anaknya.

Eli dan bekas isterinya Ji Hyeon Soo dilihat serius mempertimbangkan untuk tinggal bersama semula, berikutan perceraian mereka dua tahun lalu.

1910 292 crop

Walaupun Eli menyatakan hasratnya untuk sentiasa bersama dengan anak lelakinya Min Soo, dia mendedahkan bahawa dia tidak boleh mengabaikan kesukaran dalam isu visanya, kewangan dan banyak lagi.

Bagaimanapun, Eli membuat keputusan untuk tinggal di Korea dan telah mendapatkan pekerjaan di sebuah kilang untuk menyokong kewangan Ji Hyeon Soo dan anaknya.

Semasa ‘preview’ episod ‘We Got Divorced 2,’ Eli menjelaskan, “Saya telah membuat keputusan. Saya perlu melakukan sesuatu untuk tinggal di Korea semula.” Kemudian Eli dilihat bekerja di sebuah kilang.

Baca Lagi: 5 Perkara Tentang Goobne, Restoran Ayam Keluarga Shin Ha Ri Dalam ‘Business Proposal’

Baca Lagi: Bekas YouTuber & Ahli Farmasi Popular Korea Dipenjara Kerana Sebarkan Penyakit Kelamin

 

DlnXHsKUwAAZubB

Untuk pengetahuan, Eli merupakan bekas ahli kepada kumpulan terkenal iaitu U-KISS. U-KISS merupakan kumpulan generasi kedua dan mempunyai banyak lagu-lagu hit antaranya ialah ‘Man Man Ha Ni’, ‘Stop Girl’, ‘0330’ dan banyak lagi.

Eli merupakan seorang rapper di dalam kumpulannya sejak tahun 2008 sehinggalah dia memutuskan untuk keluar dari U-KISS pada tahun 2019.

Sementara itu, episod seterusnya ‘We Got Divorced 2’ akan disiarkan pada 20 Mei jam 10 malam KST.

https://www.youtube.com/watch?v=EQUOOKj2uXA&feature=emb_title

Sumber: [1]