Home Food 5 Perkara Tentang Goobne, Restoran Ayam Keluarga Shin Ha Ri Dalam ‘Business...

5 Perkara Tentang Goobne, Restoran Ayam Keluarga Shin Ha Ri Dalam ‘Business Proposal’

0

Kim Sejeong pernah membintangi drama Business Proposal sebagai Shin Ha Ri. Selain diceritakan sebagai pegawai Go FOOD milik Kang Tae Moo (Ahn Hyo Seop), keluarganya turut memiliki restoran ayam bernama Goobne.

Rupanya restoran Goobne memang ada dalam dunia nyata, malah mempunyai beberapa cawangan termasuk di Malaysia. Berikut 5 perkara tentang restoran ayam milik keluarga Shin Ha Ri dalam drama Business Proposal:

#1 Jual Hidangan Sihat

Goobne Chicken: Korean Oven Roasted Chicken Restaurant merupakan restoran ayam gaya sihat yang berdiri di Korea Selatan sejak 2005. Gaya sihat yang dimaksudkan adalah ayam disajikan dengan cara dipanggang di dalam oven tanpa minyak.

Dalam drama Business Proposal, keluarga Shin Ha Ri termasuk ayah, Shin Joong Hae (Kim Kwang Kyu) dan ibu, Han Mi Mo (Jung Young Joo) menjalankan restoran ayam bernama Goobne. Malah logo asal Goobne dipasang di depan rumah Shin Ha Ri.

#2 Pernah Bekerjasama Dengan Idol K-pop

Di Korea Selatan, Goobne Chicken sangat popular dan terima pelbagai anugerah penghargaan.

Selain itu, restoran ini pernah bekerjasama dengan EXO, SNSD, Seo Hyun Jin dan Cha Eun Woo ASTRO sebagai duta jenama. Pada tahun ini, Kim Young Dae dan Kang Min Ah diangkat sebagai model iklan Goobne.

#3 Ada Cawangan Di Malaysia

Ketika artikel ini ditulis, Goobne Chicken sudah melebarkan sayap di beberapa negara termasuk Jepun, China, Hong Kong, Indonesia, Australia, Singapura dan Malaysia.

Di Malaysia, restoran ini boleh didapati di mall MyTOWN, SS15 Subang Jaya, Selangor dan Wisma Lazenda, Labuan.

#4 Menu Hit

Di restoran ini, anda boleh menikmati ayam panggang sama seperti yang dipaparkan dalam drama Business Proposal. Goobne menyediakan menu ayam dengan topping berbeza-beza.

Beberapa menu yang anda patut cuba lagi adalah Goobne Deep Cheese, Goobne Pepper Crispy, Goobne Fruity Soy Garlic, Goobne Galbi dan Goobne Mala. Turut disediakan masakan khas Korea lain seperti Volcano Cheese Tteokbokki, Japchae, Fried Rice, Seafood Jjampong Soup, Fish Cake Soudan masih banyak lagi.

#5 Lokasi Sebenar Restoran Keluarga Shin Ha Ri

Menerusi drama Business Proposal, restoran Goobne bergabung dengan rumah Shin Ha Ri di dalam satu bangunan.

Ternyata lokasi tersebut sebenarnya adalah sebuah kafe dan kedai roti vegan bernama Sandeul Hill yang terletak di kawasan Manchon, Daegu. Banyak adegan seperti makan dan masak ayam di restoran itu.

Demikianlah serba sedikit 5 perkara tentang restoran ayam milik keluarga Shin Ha Ri dalam drama Business Proposal yang boleh ditemui juga di Malaysia. Selamat mencuba!