Home Dari Kisah Benar Duit Hampir RM50 Juta Tersilap Masuk Akaun, sekali Pasangan Ini Sempat Beli...

Duit Hampir RM50 Juta Tersilap Masuk Akaun, sekali Pasangan Ini Sempat Beli 4 Buah Rumah Tak Sangka Akhirnya Jadi Macam Ni

0

Duit tersilap masuk hampir RM50 juta dalam akaun, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah tak sangka pengakhirannya jadi macam ini. Pasangan kekasih di Australia dituduh mencuri kerana membelanjakan wang sebanyak AS$10.5 juta (kira-kira RM49.2 juta) yang diperoleh daripada kesilapan transaksi mata wang krypto.

Wang berkenaan diperoleh pasangan itu selepas menyedari jumlah tunai dalam akaun bank mereka meningkat dengan mendadak.

Malah, pasangan itu didakwa membeli empat rumah dan kelengkapan selain melangsaikan beberapa hutang lain.

Thevamanogari Manivel dan Jatinder Singh yang didakwa di sebuah mahkamah di Melbourne kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

Semuanya bermula pada Mei tahun lalu ketika sebuah platform mata wang krypto memasukkan wang berjumlah AS$100 (RM470) ke dalam akaun Manivel.

Bagaimanapun, Manivel menyedari wang berjumlah RM49.2 juta yang dimasukkan kerana kesilapan sistem ketika transaksi dibuat.

Syarikat itu hanya sedar kesilapan yang dibuat ketika audit dijalankan pada Disember tahun lalu.

“Seorang pekerja di Bulgaria yang ditugaskan untuk memproses membayar semula dana pelaburan tersilap memasukkan nombor dalam sistem mereka,” kata Pegawai Pemantau Crypto.com Michi Chan Fores.

Wang itu kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun bank pasangannya, Singh.

Lelaki itu bagaimanapun menganggap wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya adalah hasil kemenangan satu pertandingan yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Namun, Fores mendakwa tiada sebarang pertandingan yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, sebahagian wang sudah dipulangkan semula namun masih ada berbaki AS$3 juta (kira-kira RM14 juta) yang tertunggak.

Sumber: Harian Metro