Home Entertainment Drama tvN ‘Little Women’ Dikeluarkan Daripada Netflix Di Vietnam Kerana Kandungan Yang...

Drama tvN ‘Little Women’ Dikeluarkan Daripada Netflix Di Vietnam Kerana Kandungan Yang Sensitif Ini

0

Mulai 6 Oktober, drama bersiri tvN ‘Little Women’ telah dikeluarkan daripada Netflix Vietnam, sebagai tindak balas kepada permintaan pihak berkuasa Vietnam.

‘Little Women’, yang dibintangi oleh Kim Go Eun, Nam Ji Hyun, Park Ji Hoo, Wi Ha Joon, Uhm Ji Won, dan banyak lagi, mengisahkan tentang tiga beradik perempuan yang dibesarkan dalam masyarakat kelas bawah.

Lebih malang lagi, hidup mereka terikat dengan salah satu keluarga terkaya dan paling berpengaruh dalam kelas elit Korea Selatan.

1665122586 20221007 little 1

Menurut laporan media Vietnam, pihak berkuasa memutuskan bahawa drama itu “menyelewengkan sejarah Vietnam dan memfitnah negara itu, sekali gus melanggar undang-undang penyiaran Vietnam.”

Dalam drama itu, watak bernama Won Ki Seon, bekas veteran perang Vietnam, membaca dialognya yang seperti berikut: “Tentera Korea menghapuskan 20 askar Vietcong sekaligus. Seorang askar secara bersendirian membunuh 10 orang,” dan “askar Korea adalah wira dalam perang Vietnam.”

Ramai netizen Korea, juga menyedari tindak balas yang diterima drama itu daripada netizen Vietnam, mengkritik sekeras-kerasnya babak itu.

Ramai yang menyatakan, “Adakah penerbit drama ini gila? Boleh tak mereka guna otak mereka untuk berfikir?”, “Wah, saya malu”, “Adegan itu sangat teruk. Mana-mana negara mempunyai hak untuk tersinggung”, “Saya benar-benar seperti, ‘What the heck,’ apabila adegan itu muncul…”, dan macam-macam lagi.

Sebagai tindak balas kepada isu itu, syarikat penerbitan drama Studio Dragon menyatakan, “Kami berjanji untuk mengkaji dengan teliti tentang isu sosial dan budaya dalam kandungan media di masa hadapan.”

Baca lagi: “Dia Ada Rumah Lain…”- Rain Dituduh Curangi Isteri Dengan Pemain Golf Professional

Baca lagi: Menarik!! Ini Rupanya Punca HyunA Tidak Memakai Makeup Ketika ‘Dating’.

K-drama Little Women partially filmed here but Singapore gets no love  during media conference, still Kim Go-eun is hilarious, Entertainment News  - AsiaOne

Sementara itu, ‘Little Women’ tvN akan berakhir dengan dua episod terakhirnya disiarkan hujung minggu ini.