Home Entertainment “Dia Ada Rumah Lain…”- Rain Dituduh Curangi Isteri Dengan Pemain Golf Professional

“Dia Ada Rumah Lain…”- Rain Dituduh Curangi Isteri Dengan Pemain Golf Professional

0

Terdahulu, Rain telah di katakan curang dengan isteri nya, Kim Tae Hee apabila dikaitkan  dengan gosip sedang menjalinkan hubungan dengan pemain golf professional.

1665088222 image

Perkara itu dikatakan tidak masuk akal dan pertuduhan tersebut mampu menjejaskan imej Rain sehingga agensi beliau mengumumkan untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap individu yang menyebarkan gosip palsu tersebut. Agensi Kim Tae Hee turut memberi respons terhadap perkara itu dengan mempunyai pendapat yang sama.

Pada awal minggu ini, sebuah majalah, Woman Sense, telah melaporkan seorang bintang terkenal di Korea telah terlibat dengan hubungan di luar perkahwinan. Mengikut khabar angin tersebut, bintang itu seorang yang terkenal dan memiliki kebolehan untuk menyanyi, menari, berlakon dan pelbagai lagi. Gosip itu turut mendakwa bahawa bintang itu sudah berkahwin dengan seorang wanita yang cantik jelita dan pandai namun wanita yang dicurangi nya itu merupakan seorang pemain golf professional. Selain itu, bintang itu memiliki rumah lain dengan skandal nya yang digelar ‘A’ dan perkara itu sudah diketahui isteri dan diberi amaran.

Beberapa akhbar tempatan mula membuat andaian, termasuk netizen dan mereka turut memetik beberapa nama dan antaranya ialah Rain. Bagaimanapun, netizen Korea tidak percaya bahawa Rain akan melakukan perkara itu kepada isteri nya, Kim Tae Hee.

Netizen Korea turut mendakwa bahawa Rain bukanlah seorang yang kaki perempuan dan beliau sangat menyayangi keluarganya. Netizen turut meninggalkan komen, “Perkara ini sangat mengarut, saya berharap Rain akan mengambil tindakan!”, “Majalah sampah!!”, “Kesian kepada mereka berdua, mereka tidak pernah memiliki masalah rumahtangga.”

Kesian Rain, sabar ya… Kim Tae Hee cantik sangat, tak mungkin dia nak curang!

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Budak Baru Nak Up…”- Ningning Aespa Buat Hal Dengan Peminat Sampai Netizen Kutuk di Twitter