Home Artis Korea Drama Terbaru tvN ‘Midnight Romance in Hagwon’ Bakal Menemui Anda

Drama Terbaru tvN ‘Midnight Romance in Hagwon’ Bakal Menemui Anda

0

tvN kini sedang bersiap sedia untuk menayangkan drama Korea terbaru mereka yang bertajuk Midnight Romance in Hagwon. Sesuai dengan tajuknya, drama ini mengusung genre romantik dan diarahkan oleh Ahn Pan Seok yang sebelum ini telah berjaya dengan karya Something in the Rain dan juga Secret Love Affair.

Drama Midnight Romance in Hagwon juga nampaknya telah berjaya menarik perhatian para peminat Kdrama kerana dibintangi oleh pelakon terkenal Wi Ha Joon. Jom sama-sama kita lihat sinopsis dan tarikh tayangan Midnight Romance in Hagwon di bawah ini.

 

1. Sinopsis Midnight Romance in Hagwon

Midnight Romance in HagwonMidnight Romance in Hagwon menyoroti kehidupan seorang wanita yang bernama Seo Hye Jin. Dia bekerja sebagai guru persendirian bahasa Korea di sebuah akademi pendidikan di Daechi, Gangnam selama 14 tahun.

Seo Hye Jin digambarkan sebagai watak yang pantang menyerah. Oleh sebab kejayaannya dalam membantu muridnya iaitu Lee Joon Ho untuk memdaftar ke salah sebuah universiti berprestij, populariti dan kredibilitinya sebagai seorang guru persendirian terus meningkat.

10 tahun kemudian, Lee Joon Ho kembali ke akademi sebagai guru persendirian pelatih yang baru. Dia memutuskan untuk mengundurkan diri dari sebuah syarikat besar demi untuk kembali kepada cinta pertamanya yang tidak lain dan tidak bukan adalah Seo Hye Jin. Walau Seo Hye Jin menentang keras keputusan Lee Joon Ho, namun lelaki tersebut langsung tidak gentar untuk terus mendekatinya.

 

2. Senarai pelakon Midnight Romance in Hagwon

DramaSetakat ini, tvN baru memperkenalkan dua orang pelakon utama untuk drama ini. Watak Lee Joon Ho dibawa oleh Wi Ha Joon yang sebelum ini telah berjaya dengan siri The Worst of Evil bersama Ji Chang Wook. Sementara itu watak Seo Hye Jin pula dilakonkan oleh Jung Ryeo Won. Para penonton bakal bakal menyaksikan gabungan epik di antara kedua-dua pelakon ini! Tidak sabar bukan?

 

3. Tarikh tayangan Midnight Romance in Hagwon

722afd1f 19b8 4449 80b9 b8af6f2b4b60

Berita gembira untuk para peminat, Midnight Romance in Hagwon akan ditayangkan secara perdana pada 11 Mei 2024 pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Drama siri ini ditayangkan untuk menggantikan slot Queen of Tears yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won. Jangan lupa ya!

Baca lagi: Kang Han Na, Bakal Muncul dalam Kdrama Terbaru, ini 6 Drama Hits Lakonannya
Baca juga: 9 Watak dalam Kdrama Pernah Dituduh Berbuat Jahat