Home Entertainment Drama Komedi Atau Drama Yang Penuh Emosi, Mana Satu Pilihan Peminat K-Drama?

Drama Komedi Atau Drama Yang Penuh Emosi, Mana Satu Pilihan Peminat K-Drama?

0

Banyak sangatkan drama yang masih ‘on-going’ sekarang ni, dan kalau anda tak tahu nak layan drama yang mana, jom tengok 3 sinopsis drama di bawah:

Today’s Webtoon

Selepas berjaya memukau penonton dalam drama The Uncanny Counter and Business Proposal, pelakon Kim Se-jeong kembali dalam Today’s Webtoon, di mana dia memegang watak sebagai atlet judo On Ma-eum.

Tetapi, pada satu hari, On mengalami kecederaan yang akhirnya telah menjejaskan kerjaya olahraganya. Dia kemudian mendapat pekerjaan di bahagian editorial sebuah syarikat webtoon.

40949d68 c81f 4c46 8d1f f72cf578a503 d989a124

Pada awalnya, dia agak susah untuk menyesuaikan dirinya dengan pekerjaan barunya itu, tetapi tidak lama kemudian dia semakin minat dengan kerjayanya itu, iaitu sebagai editor webtoon.

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Daniel Choi, Nam Yoon-su dan ramai lagi. Today’s Webtoon ini merupakan karya terbaru daripada pengarah Pinocchio Jo Soo-won, yang diarah bersama dengan Kim Young-hwan.

Drama ini merupakan adaptasi siri manga Jepun, Juhan Shuttai! oleh Matsuda Naoko, yang sebelum ini juga telah diadaptasi di skrin kecil di Jepun sebagai Sleepeeer Hit!

Poong, The Jeoson Psychiatrist

Drama ini merupakan adaptasi dari sebuah novel dan telah diarahkan oleh Park Won-kook dan telah ditayangkan di rangkaian kabel Korea Selatan tvN bermula 1 Ogos lalu.

Siri drama komedi ini mengisahkan tentang perjalanan Yoo Se-poong (Kim Min-jae) yang merupakan bekas doktor kepada keluarga Diraja.

Poong The Joseon Psychiatrist p1

Selepas kehilangan pekerjaan, dia pergi ke Kampung Gyesu yang indah, di mana dia berkawan dengan seorang balu bernama Seo Eun-woo (Kim Hyang-gi) dan seorang guru pelik bernama Gye Ji-han (Kim Sang-kyung).

Semasa menetap di kampung tersebut, Yoo menyedari matlamat hidupnya yang sebenar dan dia mula membantu orang ramai untuk menyembuhkan hati mereka.

Drama itu juga turut dibintangi oleh pelakon seperti Kim Hyang-gi, Ahn Chang-hwan, Yu Seong-ju dan ramai lagi.

If You Wish Upon Me

“If You Wish Upon Me” merupakan drama baharu yang diilhamkan oleh organisasi sebenar di Belanda, dimana mereka memenuhi kehendak pesakit kanser.

Image 2 If You Wish Upon Me 1 1

Ji Chang Wook memegang watak sebagai Yoon Gyeo Re, seorang lelaki yang mengalami zaman kanak-kanak yang sukar dan pernah keluar masuk rumah anak yatim, pusat tahanan, serta penjara.

Apabila dia menawarkan perkhidmatan secara sukarela di hospis ini, dia telah berkawan dengan seorang jururawat yang bernama Seo Yeon-joo (Sooyoung) dan rakan sekerja Kang Tae-Shik (Sung Dong-il).

Apabila Seo Yeon-joo bertanya kepada Yoon Gyeo Re sama ada dia pernah gembira, Yoon mengimbas kembali masa lalunya dan menyedari bahawa dia tidak mengalami kegembiraan dan kebahagiaan, dan dia juga mempunyai hasrat iaitu menjalani kehidupan yang bahagia seperti orang lain.

Artikel berkaitan: Ji Chang Wook Menjadi Seorang Yang Pemarah Kerana Masa Lalunya?