Home Kdrama/Kmovie DNA Lover, Kdrama Baru Bakal Menampilkan Siwon Sebagai Doktor Sakit Puan Jun...

DNA Lover, Kdrama Baru Bakal Menampilkan Siwon Sebagai Doktor Sakit Puan Jun 2024 Ini

0

Selepas meraih kejayaan gilang gemilang dengan drama siri Death’s Game, Choi Siwon akan kembali ke kaca TV untuk menyapa para peminatnya dengan lakonan yang memukau dan hebat.

Berbeza dari sebelum ini, ahli kumpulan Super Junior yang terkenal ini akan membawa watak sebagai seorang seorang doktor sakit puan yang berbakat dan sangat handal dalam drama Korea terbaru yang bertajuk DNA Lover.

Bukan hanya dibintangi oleh Choi Si Won, drama siri DNA Lover bergenre perubatan, romantik, dan komedi ini juga akan menampilkan beberapa orang pelakon popular yang sememangnya hebat dari Korea Selatan.

Bagi yang sudah tidak sabar dan ingin tahu, berikut ini adalah sinopsis ringkas drama Korea DNA Lover dan juga maklumat tentang para pelakon yang bakal membintangi drama ini. Mari sama-sama kita lihat ya!

 

1. Sinopsis

1e0a5d2a f926 428d 8837 6d56c010256fDrama ini akan menceritakan tentang kehidupan Han So Jin (Jung In Sun), seorang penyelidik genetik yang mempunyai hubungan yang sering gagal. Hingga suatu hari, dia bertekad untuk mencari pasangan yang ditakdirkan dengannya melalui genetik.

Han So Jin akhirnya akan berjumpa dengan Shim Yeon Woo (Choi Siwon), seorang doktor sakit puan yang berbakat namun sangat sensitif. Walau selalu memenangi hati para gadis, tetapi dia dengan cepat mengakhiri hubungan apabila pasangannya menjadi terlalu posesif.

Ingin tahu bagaimanakah keserasian antara dua orang pelakon yang memang mahir dalam genre komedi romantik ini apabila digandingkan dalam drama DNA Lover? Nantikan, ya!

 

2. Senarai pelakon yang membintangi drama DNA Lover

IMG 3146Drama siri ini akan diarahkan oleh Sung Chi Wook yang sebelum ini telah menggarap drama Korea hits bertajuk Tomorrow (2022). Baru-baru ini TV Chosun juga telah mengumumkan nama-nama pelakon yang akan terlibat dalam projek drama ini. Berikut ini adalah pelakon drama Korea DNA Lover.

● Choi Si Won sebagai Shim Yeon Woo
● Jung In Sun sebagai Han So Jin
● Lee Tae Hwan sebagai Seo Kang Hoon
● Jung Eugene sebagai Jang Mi Eun

 

3. Tarikh tayangan drama DNA Lover

DNA LOVERDrama Korea terbaru Choi Si Won dan Jung In Sun, DNA Lover akan ditayangkan secara perdana pada bulan Jun 2024 akan datang. Platform streaming yang menayangkan drama ini akan disahkan tidak lama lagi. Nantikan maklumat selanjutnya ya!

Baca lagi: 5 Pelakon Korea Ini Selalu Gagal Uji Bakat, Tidak Pernah Putus Asa
Baca juga: Bitter Sweet Hell Kdrama Terbaru Usung Genre Black Comedy 24 Mei Ini