Home New Post Dituduh ‘Sakan Bergelek’ Di Kelab Malam, Sekali Ini Respon Baby Shima

Dituduh ‘Sakan Bergelek’ Di Kelab Malam, Sekali Ini Respon Baby Shima

0

Nor Ashima Ramli atau dikenali sebagai Baby Shima merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 20 September tahun 1992, berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau juga merupakan salah seorang peserta D’Academy Asia (musim 3) di Indonesia serta peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria. Beliau menanung di bawah syarikat rakaman Indonesia, iaitu Nagaswara.

Baru-baru ini, kecoh di aplikasi Tiktok di mana satu klip durasi pendek menunjukkan penyanyi dangdut iaitu Baby Shima sedang ‘bergelek’ di sebuah pusat hiburan. Oleh itu, video klip ini juga ditular di media sosial serta Baby Shima juga tampil memberi penjelasan.

Screenshot 2023 06 17 180543

“Persembahan itu berlangsung dalam pusat hiburan di sebuah hotel di Johor Bahru. Saya ditawarkan menyanyi empat lagu dan lepas menyanyi saya balik”
“Tapi cara portal itu dimuat naik tajuk sangat mengejutkan. Seolah-olah saya buat kerja tak elok. Nampak sangat niat mereka untuk memburukkan nama saya”

Baby Shima juga mengatakan beliau bukanlah selebriti pertama yang beraksi di pentas tersebut, memandangkan pengurusan terbabit juga pernah mengundang MK K-Clique, Ben Ladin, Zynakal, Kidd Santhe dan ramai lagi selebriti yang pernah dijemput sebelum ini.

Serta beliau sendiri tidak menjadi masalah sekiranya bergelek sewaktu melakukan persembahan kerana dirinya merupakan seorang penyanyi dangdut.

Screenshot 2023 06 17 180657

“Saya sebenarnya malas nak panjangkan isu ini tapi kena juga bercakap kerana keterangan gambar mereka amat mengaibkan. Sangat tak seronok dengan apa yang berlaku”
“Saya bukanlah sengkek atau terdesak mencari duit sampai sanggup buat ‘show’ seperti yang mereka maksudkan”

Selain itu, disebabkan video klip beliau bergelek dikatakan di ‘pusat hiburan’ itu menjadi perhatian ramai serta mendapat beberapa komen yang negatif daripada warganet.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia