Home News Bahaya! 6 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Elak, Ini Sebabnya Kenapa

Bahaya! 6 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Elak, Ini Sebabnya Kenapa

0

Makanan boleh mendatangkan baik dan juga buruk kepada tubuh badan seseorang. Selain membekalkan tenaga, makanan amatlah penting untuk kita meneruskan kelangsungan hidup.

Kita selalu dengar nasihat orang-orang lama untuk tidak makan satu-satu makanan, ada juga memang dah terbukti secara saintifik dan sebagainya.

Ini 6 makanan yang anda perlu elak, sebabnya satu hidangan boleh membunuh kalau tidak kena dengan cara makan atau pemprosesannya.

1. Buah Ackee Jamaica

Screenshot 2023 06 17 203605
Ackee adalah sejenis buah yang terdapat di Jamaica dan merupakan salah satu makanan yang paling beracun di dunia. Ia mengandungi hipoglisin yang menyebabkan pemakan muntah-muntah teruk yang dipanggil muntah Jamaica.

Bahagian yang boleh dimakan pada buah ini hanya bahagian kuning sekitar biji hitamnya. Namun, kalau salah ambil yang belum masak, ia boleh sebabkan kematian atau membuat korang koma.

2. Cendawan Liar

Screenshot 2023 06 17 203622

Cendawan, kalau dicelup tepung dan digoreng memang sedap, tetapi pastikan korang jangan salah makan cendawan pula. Lagi-lagi, kalau korang jenis yang adventure, petik sendiri cendawan lepastu goreng.

Di Malaysia, cendawan yang perlu dielakkan adalah spesies cendawan Amanita liar yang mempunyai racun boleh membawa maut.

Menurut Jabatan Kesihatan, beli sahaja cendawan yang telah diproses atau yang dijual untuk tujuan komersial. Kalau korang nak petik juga, pastikan tahu cendawan yang dikutip itu selamat untuk dimakan.

3. Hakarl

Screenshot 2023 06 17 203638

Hakarl adalah daging ikan jerung yang sangat popular di Greenland. Namun, jerung ini tidak mempunyai saluran kencing ataupun buah pinggang. Jadi bahan-bahan toksik dan buangan wujud di bahagian lain pada ikan ini.

Selain itu, korang terdedah dengan penyakit bawaan makanan. Walaupun sebenarnya ia boleh dimakan, sekiranya disediakan dengan cara yang betul iaitu proses penapaian dan pengeringan selama 6 bulan.

4. Elderberry

Screenshot 2023 06 17 203653

Jangan terkejut, memang sesetengah Elderberry boleh dimakan dan ada yang boleh digunakan untuk merawat selsema selain menyembuhkan luka.

Buah beri dari pokok Elderberry ini memberikan rasa pada jem, sirap dan juga pai.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), beri yang selamat dimakan hanyalah beri biru dan ungu sahaja.

Beberapa spesis beri merah adalah toksik selain batang, daun dan buah mentah yang belum masak boleh menyebabkan cirit-birit, mual dan juga muntah.

5. Rubarb

Screenshot 2023 06 17 203721

Bahagian yang tidak boleh dimakan pada tumbuhan Rhubarb ini ialah pada daunnya. Daun Rhubarb mempunyai bahan kimia yang sekiranya termakan, ia membuatkan seseorang itu sesak nafas dan dari situ berlakunya kekejangan, kegagalan buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.

Namun, selain daripada daunnya, rhubarb boleh digunakan untuk membuat pai ataupun puding.

6. Fugu

Screenshot 2023 06 17 203734

Fugu ini merupakan makanan istimewa di Jepun dan korang hanya boleh makan jika sanggup menanggung risiko.

Selain dikenali sebagai puffer fish, ia merupakan haiwan yang paling beracun. Untuk menyediakan hidangan fugu ini, seorang chef itu haruslah menjalani latihan selama dua tahun dan mereka perlu lulus ujian.

Ikut statistik, 1/3 daripada chef yang memohon adalah gagal.

Sesetengah bahagian seperti hari dan usu ikan ini mempunyai sebatian kimia tetrodotoxin. Sekiranya termakan, korang akan rasa kebas bibir dan menyebabkan otot lumpuh.

Menurut satu laporan di UK Daily Mail, dikatakan 30 hingga 50 orang terbunuh setiap tahun akibat makan Fugu.

Elakkan lah makan makanan yang beracun, dan mengambil tahu terdahulu sebelum memakan makanan yang anda tidak pernah lihat.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat