Home Entertainment Dispatch Dedah Pasangan Tahun Baru 2022, T-ARA Hyomin Dan Pemain Bola Sepak...

Dispatch Dedah Pasangan Tahun Baru 2022, T-ARA Hyomin Dan Pemain Bola Sepak Hwang Ui Jo

0

Sudah menjadi tradisi setiap tahun baru, Dispatch akan mendedahkan pasangan selebriti yang sedang hangat bercinta dalam diam.

Pada tahun ini, Dispatch mendedah dan mengumumkan T-ARA Hyomin dan pemain bola sepak Hwang Ui Jo sebagai pasangan tahun baru 2022.

1641176398 0000079113 001 20220103103603024

Menurut Dispatch, mereka berdua telah bercinta jarak jauh selama tiga bulan. Dispatch melihat mereka berdua bersama pada hujung tahun 2021 di Switzerland di hadapan sebuah hotel mewah di Basel.

1641176398 0000079113 003 20220103103603449

Kedua-duanya, saling memberi sokongan antara satu sama lain, terutamanya pada bulan oktober, di mana Hwang Ui Jo tekah mengalami kecederaan di bahagian belakang peha dan betis.

Pada masa Hwang Ui Jo berehat dari sebarang aktiviti, Hyomin sedang menyediakan album solonya. Mereka secara rasmi bercinta pada bulan November 2021.

1641176398 0000079113 004 20220103103603520

Buat masa kini, agensi Hyomin dan Hwang Ui Jo mengesahkan status mereka dan kini masih berada di peringkat awal dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

1641176433 collage 8

Pada tahun lalu, Dispatch telah mendedahkan bahawa pelakon “Crush Landing on You” Hyun Bin dan Son Ye Jin bercinta.

Sumber: Koreaboo