Home Entertainment “Dia Sebenarnya…” Pelakon Bae Da Bin Akhirnya Dedah Identiti Sebenar ‘Teman Lelakinya’

“Dia Sebenarnya…” Pelakon Bae Da Bin Akhirnya Dedah Identiti Sebenar ‘Teman Lelakinya’

0

Pada 26 September, aktres itu mengadakan temu bual sempena penamat drama bersiri KBS ‘It’s Beautiful Now’. Ini merupakan watak utamanya yang pertama sejak penampilan sulungnya pada tahun 2016.

Semasa temu bualnya, dia berkongsi satu kisah yang kelakar di mana dia terpaksa mendedahkan identiti Hoyoung VERIVERY.

Bae Da Bin Thanks Brother VERIVERY's Hoyoung For Sweet Surprise On Set Of  “It's Beautiful Now” | Soompi

Hoyoung adalah satu-satunya adik lelaki yang saya ada dalam kalangan 5 adik beradik saya. Saya memang sangat rapat dengannya. Pada mulanya, kami cuba untuk tidak mendedahkan hubungan kami sekiranya salah seorang daripada kami menyakiti yang lain secara tidak sengaja.

Tetapi terdapat khabar angin yang mengatakan kami sedang bercinta. Ini kerana kami telah pergi ke taman hiburan bersama-sama dan berkongsi gambar seekor anjing yang saya jaga buat sementara waktu. Oleh sebab itulah kami terpaksa menepis khabar angin itu dengan mendedahkan hubungan kami.”

Baca lagi: “Nantikan Comeback Dari Kami”- Sehun Bagi Hint EXO Bakal Kembali

Baca lagi: Seorang Peminat Menyesal Kerana Bertanya Soalan Ini Kepada IU

hoyoung VERIVERY | Babies with dimples, Show me your face, Jellyfish  entertainment

Dia menyambung, “Saya sebenarnya tidak kisah kalau orang anggap saya sebagai teman wanitanya. Kerana ia seperti menunjukkan bahawa kami menjaga satu sama lain dengan baik.

Memandangkan kami bekerja dalam industri yang sama, ada beberapa perkara yang dia faham tanpa saya perlu menjelaskan. Saya kadang-kadang melihat adik saya itu dan mendapat motivasi untuk bekerja keras seperti dia.”

Sumber: [1]