Home K - Pop “Nantikan Comeback Dari Kami”- Sehun Bagi Hint EXO Bakal Kembali

“Nantikan Comeback Dari Kami”- Sehun Bagi Hint EXO Bakal Kembali

0

Lama kan tak dengar cerita daripada kumpulan paling popular ni dulu, EXO dan dah lama juga diaorang tak keluarkan lagu baru atau apa-apa yang berkaitan dengan musik. Sudah semestinya peminat merindui mereka semua nak-nak lagi ‘peminat fanatik’ mereka.

Baru-baru ini, Xiumin EXO telah mengadakan sebuah sidang media untuk melancarkan album solonya, ‘Brand New’. Turut kelihatan Sehun EXO yang mengacarakan majlis ketika sidang pelancaran album tersebut.

Ketika mereka sedang berborak, kedua-dua mereka ditanya sam ada EXO bakal kembali secara berkumpulan memandangkan mereka sudah lama menyepi.

Xiumin memberi respon:

‘ Saya dah lama tak menyanyi dan sangat sukar untuk membuat promosi kerana ahli kumpulan EXO yang lain ada terlibat dengan ketenteraan. Saya mahu keluarkan album solo ini dan mahu bertemu dengan peminat saya. Saya mahu mereka tahu saya masih menyanyi. Namun saya juga rindu untuk bersama dengan EXO dan mahukan kami semua kembali bekerjasama secepat mungkin.’

dummy.jpeg 3

Kemudian Sehun menyampuk,

“Ini hanyalah pendapat daripada saya, tetapi saya rasa kemunculan semula EXO akan kembali tidak lama lagi.”

Unknown

Dalam pada itu, Xiumin telah kembali dengan sebuah album solo berjudul ‘Brand New’ dengan judul lagu yang sama juga.

Dengarkan lagu terbaru daripada Xiumin di atas!

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Selepas ‘Pink Venom’, Kini ‘Shut Down’ BLACKPINK Pula Dibanned Daripada KBS