Home Entertainment “Dia Datang Dengan Bayinya,” Chorong Dan Bomi Terkejut Lihat Peminat Mereka Yang...

“Dia Datang Dengan Bayinya,” Chorong Dan Bomi Terkejut Lihat Peminat Mereka Yang Satu Ini

0

Pada 16 Julai KST, Chorong dan Bomi bertemu dengan peminat mereka sempena pengeluaran album sulung unit itu, iaitu ‘Copycat.’

Semasa acara itu, idola itu bertemu peminat lama mereka yang telah mengikuti Apink sejak penampilan pertama mereka pada 2011, iaitu lebih sedekad yang lalu.

Bomi adalah orang yang mula-mula menyedari kehadiran peminat wanita yang datang bersama bayinya dan segera memberitahu Chorong mengenainya sebaik sahaja dia melihatnya, “Dia datang dengan bayinya!” kata Bomi.

Chobom 31

Pada awalnya Chorong tidak nampak kewujudan si peminat, tetapi apabila dia menemuinya, Chorong berkata, “Dia sudah mempunyai bayi dan datang bersamanya hari ini,” sambil menambah bahawa bayi itu kelihatan sama seperti ibunya, “Dia benar-benar kelihatan seperti awak, unnie.

Bomi turut menjelaskan bahawa peminat tersebut telah menjadi peminat Apink sejak debut mereka lebih 11 tahun lalu. Dia juga bergurau bersama peminat dengan berkata, “Walaupun kamu semua berkahwin nanti, kamu akan datang seperti ini juga, kan?” peminat membalas dengan kuat dengan “ya” kepada Bomi.

Video itu menjadi tular di platform media sosial, mendapat banyak maklum balas positif daripada penonton yang menganggap interaksi antara idola dan peminat itu comel.

Video itu menerima lebih 220,000 tanda suka di TikTok dan 240,000 tanda suka di Twitter, dengan lebih 4.5 juta tontonan dalam masa satu hari sahaja.

“Interaksi peminat-idol seperti ini sangat comel,” “Saya suka bagaimana mereka sentiasa mengenali peminat mereka,” “Mereka menyaksikan satu sama lain berkembang,” “Beginilah hubungan yang baik dengan peminat idola,” dan “Ini sangat berharga,” adalah beberapa komen.

Sementara itu, CHOBOM baru sahaja membuat debut sub-unit pertama Apink dengan album single ‘Copycat.

Sumber: [1]