Home Entertainment Bekas Idola Kpop Ini Menunjukkan Keadaan Yang Membimbangkan, Hanya 38kg Selepas Mengalami...

Bekas Idola Kpop Ini Menunjukkan Keadaan Yang Membimbangkan, Hanya 38kg Selepas Mengalami Penderaan Domestik

0

Pada 16 Julai, bekas ahli kumpulan Kpop Jewelry Cho Min Ah telah memuatnaik gambar baharu ke Instagram peribadinya dan gambar tersebut dengan segera menarik perhatian netizen.

Menurut Min Ah, dia memfailkan penceraian pada 29 Jun, selepas sekian lama menderita di bawah kezaliman suaminya. Kini, bekas idola terkenal itu membesarkan anaknya seorang diri.

cho min ah 19072022 1

Cho Min Ah juga berkongsi bahawa dia baru-baru ini kehilangan 3kg, dan kini hanya mempunyai berat sebanyak 38.4 kg – angka yang membimbangkan kepada orang dewasa.

Melihat penampilan dan badannya yang kurus, ramai netizen tidak dapat mengelak daripada meluahkan rasa kesal kerana kehidupan keluarga yang sukar ini benar-benar melemahkan idola yang pernah ceria dan cantik ini.

cho min ah 19072022 2

Cho Min Ah menunjukkan senyuman lebar, tetapi badannya yang sangat kurus membimbangkan

Sebelum ini pada bulan Mei, Cho Min Ah bercakap tentang hidupnya yang penuh dengan penderaan rumah tangga di SNS. Khususnya, bekas ahli Jewelry itu berkongsi, ada hari di mana dia tercampak ke lantai dan tidak sedarkan diri akibat dari penderaan si suami. Paramedik tiba, begitu juga polis.

Dia juga ada membalas komen, menyatakan: “Apabila paramedik tiba, dia (suami Cho Min Ah) sedang melakukan CPR, tetapi apabila mereka pergi, dia mula maki saya lagi. Setiap hari terasa seperti neraka. Selamatkan saya.”

jo min ah crop

Cho Min Ah dilahirkan pada tahun 1984, dan kemudiannya memulakan kerjaya dalam Jewelry – kumpulan Kpop yang terkenal dengan lagu hit mereka “One More Time”.

Dia juga mengambil beberapa projek lakonan, sebelum berkahwin dengan CEO pusat kecergasan pada September 2020 dan kemudian menarik diri daripada industri hiburan.

Baca lagi: Bosan Nak Layan Drama Korea? Ini 3 Rancangan Realiti Korea Yang Akan Menyeronokkan Hujung Minggu Anda!

Baca lagi: “Dia Datang Dengan Bayinya,” Chorong Dan Bomi Terkejut Lihat Peminat Mereka Yang Satu Ini

Sumber: [1]