Home Drama/Filem Jepun Destined With You: 11 Sebab Kenapa Jang Mu Jin Membunuh Aeng Cho

Destined With You: 11 Sebab Kenapa Jang Mu Jin Membunuh Aeng Cho

0

Drama siri Destined With You (2023) episod 14 mendedahkan fakta masa lalu Lee Hong Jo (Jo Bo Ah) dan Jang Shin Yu (Rowoon).

Memang benar Aeng Cho (Jo Bo Ah), Lee Hong Jo di masa lalu adalah orang yang menyumpah keluarga Jang. Perkara tersebut adalah kerana Jang Mu Jin (Rowoon), Jang Shin Yu di masa lalu membunuh dukun walaupun sebenarnya dia sangat mencintainya.

Baca lagi: 7 Kdrama Fantasi Yang Dibintangi Pelakon Destined With You

Namun ada alasan besar disebalik peristiwa menyedihkan Aeng Cho mati ditangan Jang Mu Jin. Berikut ini merupakan penjelasan untuk anda!

 

f00b03d3 b824 48f0 9f7b ffd19e9f95461. Keluarga Jang menentang hubungan rapat Aeng Cho dengan Jang Mu Jin kerana pekerjaan Aeng Cho sebagai dukun bawahan

 

aace0756 ee09 4016 8ec2 ccc3f526a5ed2. Kedua-duanya berpisah kerana ayah Jang Mu Jin mengancam Aeng Cho dengan mencederakan dukun yang sudah dianggapnya sebagai ibu

 

6d82decf dc78 44ca 8401 1c8cec50fdc23. Berpisah cukup lama, kedua-duanya bertemu kembali di istana, Jang Mu Jin menjadi pengawal kerajaan dan Aeng Cho dipaksa untuk melayani ritual bomoh sida raja

 

cd5e31b1 19bb 406d bcbd 534bf8f4d21d4. Suatu hari sida raja memaksa Aeng Cho menggunakan sihir jahat pada putera mahkota dan menjadikan nyawa Jang Mu Jin sebagai tawanan

 

1537fdb3 0167 4a38 b903 bd587e9321cb5. Aeng Cho tidak berjaya melakukan ritual sumpahan, namun dia tetap ditangkap oleh raja dengan tuduhan melakukan kejahatan pada putera mahkota

 

e3bc0bfd da21 41e4 9c0a f696932df6376. Untuk melindungi diri, Aeng Cho membaca sumpahan terhadap sesiapa sahaja yang membunuhnya, raja yang ketakutan kemudian membuang Aeng Cho ke sebuah telaga tua

 

5d4c2fa0 292d 4b82 9233 7c2c93eed4a17. Jang Mu Jin datang untuk menyelamatkan Aeng Cho, dia kemudian berusaha memberikan buku mantra Aeng Cho kepada sida raja agar sida raja berhenti mengusik Aeng Cho dan mereka boleh melarikan diri

 

7f2b74e8 19d3 4b19 8543 90534258ff748. Di tengah-tengah jalan, orang suruhan raja datang menyerang Jang Mu Jin serta berusaha menangkap Aeng Cho, Jang Mu Jin melawan mereka hingga tercedera parah

 

5fac03f9 4fcc 48ce 8eda 7eea616c31d0

9. Mereka semua merancang untuk membunuh Aeng Cho dengan cara ditarik oleh kerbau hingga semua bahagian tubuhnya putus, mereka berfikir dengan cara itu tidak akan ada orang yang akan mendapat sumpahan

 

7ecd1a5f 5270 47dd bba4 99f82106db0510. Mengetahui kekasihnya akan mengalami perkara yang mengerikan jika tertangkap, Jang Mu Jin memutuskan untuk membunuh Aeng Cho dengan tangannya sendiri

 

Destined with you11. Jang Mu Jin rela disumpah agar Aeng Cho tidak terlalu menderita. Dalam keadaannya yang sedang berputus asa, dia berharap jika dilahirkan semula, mereka boleh hidup bahagia

Kisah sedih Aeng Cho dan Jang Mu Jin ini diketahui oleh Jang Shin Yu ketika dia berada di ambang kematian akibat luka tikaman dari Na Jong Beom (Ahn Sang Woo). Kini sumpahan yang menimpa keluarga Jang berakhir kerana Aeng Cho dan Jang Mu Jin telah bertemu. Selain itu, Jang Shin Yu pernah mati kemudian berjaya hidup kembali.

Tinggal 2 episod lagi drama Korea Destined With You bakal tamat. Bagaimanakah pengakhiran bagi kisah cinta Lee Hong Jo dan Jang Shin Yu? Kita nantikan bersama jawapannya nanti dalam 2 episod akhir “Destined With You” ya!

Baca lagi: Destined With You: 11 Persoalan Bakal Terjawab di Menjelang Episod Akhir
Baca juga: 8 Artis KPop Ini Pernah Bawa Watak Bintang Idol dalam Kdrama, Terbaru Bae Suzy