Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Dear Hongrang, Kisah Cinta, Rahsia dan Aksi Dalam Drama Sejarah Paling Dinanti...

Dear Hongrang, Kisah Cinta, Rahsia dan Aksi Dalam Drama Sejarah Paling Dinanti Tahun 2025

0

Dear Hongrang merupakan drama Korea pertama yang menggandingkan Lee Jae Wook dan Jo Bo Ah, dan dijangka ditayangkan pada 16 Mei 2025. Berlatarkan zaman sejarah, pastinya ramai peminat tidak sabar menyaksikan keserasian mereka berdua di layar kaca.

Netflix telah melancarkan treler rasmi Dear Hongrang pada hari Khamis, 17 April 2025. Jom lihat beberapa perkara menarik yang dapat diperhatikan daripada treler tersebut.

Amaran: Artikel ini mengandungi pendedahan jalan cerita!

1. Busana Tradisional dan Adegan Pertarungan Mengujakan

7cd08a1a 4a5f 4218 879d 61249a08e54d

Kemunculan Lee Jae Wook dan Jung Ga Ram dalam pakaian tradisional Korea sememangnya memukau perhatian. Kedua-dua pelakon ini akan membintangi banyak babak aksi seperti memanah, seni mempertahankan diri dan pertarungan menggunakan pedang.

Lee Jae Wook sebelum ini menerima pujian meluas menerusi wataknya sebagai Jang Uk dalam Alchemy of Souls dan sambungannya Alchemy of Souls: Light and Shadow yang ditayangkan pada tahun 2022. Sementara itu, Jung Ga Ram mencuri perhatian ramai dengan watak jahatnya dalam Gangnam B-Side (2024).

2. Kisah Cinta Bermula Dengan Permusuhan

0aebc46c 0c8c 4d4a a156 f81242a505df

Dengan genre percintaan, Dear Hongrang akan membawa kisah kasih antara Hong Rang dan Jae Yi. Keserasian antara Lee Jae Wook dan Jo Bo Ah dijangka membangkitkan keterujaan dalam kalangan peminat, lebih-lebih lagi kerana kedua-duanya terkenal dengan kemampuan mencipta keserasian yang meyakinkan bersama pelakon gandingan mereka.

Menerusi treler, pertemuan awal antara Jae Yi dan Hong Rang berlaku dalam suasana tegang dan tidak menyenangkan. Namun, tanpa disedari, Jae Yi akan terlebih dahulu jatuh hati pada adik tirinya itu.

3. Penuh Rahsia dan Plot Yang Tidak Dijangka

Dear hongrang

Dear Hongrang turut menampilkan pelbagai rahsia dan konflik yang sering menjadi tarikan utama dalam drama sejarah Korea. Penonton akan dibawa menelusuri persoalan tentang siapakah Hong Rang yang sebenar, setelah dia digambarkan hilang ingatan.

Lakonan mantap daripada Kim Jae Wook, Uhm Ji Won dan Park Byung Eun juga dinanti-nantikan. Adakah watak-watak ini akan menjadi penghalang kepada kepulangan Hong Rang ke istana selepas menghilang selama dua dekad?

Drama ini merupakan adaptasi daripada novel karya Jang Da Hye yang bertajuk Tangeum: Geumeul Samkida.

IMG 0602

Baca lagi: 5 Drama Cina Terbaru April 2025, Daripada Cinta Sejati Hingga Pemburu Siluman
Baca juga: Kenali 10 Watak Unik dalam Drama “The Haunted Palace”, Tampilkan Bona (WSJN) dan Sung Jae (BtoB)