Home Anime Crunchyroll Mengiktiraf Jujutsu Kaisen Musim 2 Sebagai Pemenang Utama Anime Terbaik

Crunchyroll Mengiktiraf Jujutsu Kaisen Musim 2 Sebagai Pemenang Utama Anime Terbaik

0

Nampaknya tahun ini adalah tahun terbaik untuk Jujutsu Kaisen. Anime yang diadaptasi daripada manga Gege Akutami telah berada ‘di atas awan’ sejak dua tahun lalu. Mana tidaknya, anime Jujutsu Kaisen musim ke-2 menjadi pemenang utama menurut perkhidmatan penstriman Crunchyroll yang dimiliki oleh Sony Pictures. Memang Hebat!

Jujutsu kaisen

Jujutsu Kaisen musim 2 telah tamat pada 29 Disember 2023. Selepas 5 bulan siaran, episod ke-23 telah tamat secara rasmi. Namun, Studio MAPPA masih belum mengumumkan bila musim ketiga akan disiarkan.

Musim ketiga akan mempunyai Culling Game Arc iaitu 9th Arc dalam versi manga yang mengisahkan Itadori Yuji, Megumi Fushiguro dan Yuka Okkotsu apabila mereka memasuki Culling Game. Malangnya, Studio MAPPA masih belum mengumumkan m bila musim ketiga akan dikeluarkan. Jadi jomlah kita bersabar ya!

IMG 7419

Pada awal tahun 2024, musim kedua Jujutsu Kaisen telah meraih pencapaian yang menakjubkan. Crunchyroll mengumumkan Jujutsu Kaisen musim 2 sebagai pemenang dalam kategori “Anime of the Year & Best Action.” Terdapat juga Best Opening Sequence di musim 2 melalui Hidden Inventory/ Premature Death.

Satoru Gojo juga tidak ketinggalan memenangi Watak Pembantu Terbaik dan Persembahan Artis Suara Terbaik Brazil dan Jepun.

IMG 7420

Dalam Drama Terbaik terdapat Attack on Titan Final Season Special 1, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Swordsmith Village Arc memenangi Fantasi Terbaik. Manakala, idola YOASOBI dengan OST Oshi no Ko memenangi Lagu Anime Terbaik, Filem Terbaik diraih oleh Suzume.

Siri Chainsaw Man memenangi Siri Baharu Terbaik, Horimiya: The Missing Pieces memenangi Best Romance, Anya Forger dari SPY X FAMILY Season 1 sebagai Must Protect at All Costs Character, One Piece dengan Best Continuing Series, dan Monkey D Luffy dengan karakter utama terbaik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Crunchyroll semasa, Rahul Purini, menyatakan perkara dibawah ini mengenai anugerah yang diadakan.

IMG 7421

Anime yang dicalonkan dibuat kerana popularitinya yang terus meningkat. “Peminat anime dari seluruh dunia telah bercakap dan secara kolektif, mereka telah memberikan lebih banyak undian berbanding dalam sejarah Anugerah Anime,” kata Rahul Purini.

Beliau berkata lagi, anime hari ini telah berjaya menjadi kuasa global dan melonjakkan budaya popular ke seluruh dunia.

“Anime telah berjaya menyatukan peminat global dan merupakan satu penghormatan untuk meraikan anugerah ini sebagai bentuk seni yang dinamik,” akhirinya.

Tahniah kepada seluruh pasukan dan krew yang menjayakan anime Jujutsu Kaisen!

IMG 7422

Baca lagi: 10 Anime Paling Dinantikan 2024, Mengujakan
Baca juga: 6 Villain Paling Berbahaya dalam Arc Shibuya Incident Jujutsu Kaisen

Notis penting
Imej yang digunakan dalam siaran ini telah diperoleh daripada Instagram dan Google Images. Oleh itu, kredit penuh diberikan kepada pemilik masing-masing. Kandungan dan butiran lain yang disebut dalam artikel di laman web kami juga telah diperoleh daripada pelbagai sumber, dan kredit diberikan kepada pemilik masing-masing. Jika anda ingin meminta kredit atau mengalih keluar mana-mana imej di daebaking.com, sila hubungi kami di “[email protected]”.